share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat beristirehat sahabatku,
Sesekali tertanya-tanya ibu jenis apakah ini? Tergamak ia biarkan telur yang bakal menetas di mana anak menjengah dunia memulakan hidup tanpa perhatian. Lebih sukar lagi apabila ia ditetaskan di daratan sedangkan habitat mereka di lautan. Sekali lagi kita bertanya ibu jenis apakah ini?
Apakah yang tersembunyi di sebalik semua ini? Namun keajaiban alam tersaksi apabila sampai waktu menetas, setiap anak penyu mengoyakkan kulit nipis telur, menguak timbunan pasir dan dengan tertib mengatur langkah ke dunia baru mencari gigi pantai.
Kemudian seekor demi seekor berenang memulakan kayuhan ke arena sebenar seluas samudera. Ditengah lautan itu apabila sampai waktu menetas si ibu rupa-rupanya terapung dengan kakinya seperti pergerakan melambai-lambai mengirim gelombang ke arah darat, ke arah pasir dimana anak-anaknya sedang bertungkus lumus memulakan langkah hidup. Gelombang kasih ini menjadi tali temali menarik semua anak ke arahnya walau berada dalam jarak yang jauh dan di alam berbeza. Mereka kemudian berenang ke dunia kelam dalam liuk lentuk lanskap khazanah dasar laut yang indah.
Kita berfikir tentu disebalik dunia fizikal ini ada juga tali ghaib. Ia menggerakkan manusia di sebalik seluruh perilaku fizikal mereka. Di sanalah terdapatnya ruang doa, daerah aura, sentuhan lembut kasih. Semua ini adalah contoh tali temali yang menggerakkan manusia tanpa mereka sedari.
Seorang anak yang lama menyepi diri tiba-tiba terpanggil pulang ke ribaan ibunya membawa sekeping hati mengemis kemaafan. Sebenarnya sebelum hari itu, hati ibunya terkocak dan selautan rasa keibuannya membuak. Rasa ibunya itulah tali yang menarik anaknya pulang!
Seorang hamba Allah yang lalai dengan dosa, tiba-tiba pulang mengetuk pintu keampunan Ilahi. Kembali dengan sejuta keinsafan. Apa yang menggerakkan hidayah Allah ini?
Langkah ini adalah daripada doa orang tua masa lampau yang berdoa untuk kebaikan zuriatnya. Doa mereka menjadi tali yang menarik hamba ini kembali kepada fitrah Rabbinya.
Justeru dalam hidup ini di samping segala usaha dan ikhtiar, gunakanlah tali temali ini. Marilah mengikhlaskan niat, sentiasa menadahkan tangan memanjatkan doa buat anak, pasangan, saudara serta seluruh dunia agar tali halus ini sentiasa menarik mereka agar tidak tersasar dari laluan hidup sebenar. Biarlah ia menjadi penggerak hidup dengan irama kebaikan berpanjangan merentasi zaman.
Berikanlah sentuhan lembut, limpahan kasih dan kita tentunya bukan lebih terkebawah berbanding ibu penyu dengan aura ajaibnya!
Selamat beristirehat sahabatku,
:: Tali Ghaib ::
Seekor ibu penyu merangkak menghela bersamanya cengkerang berat yang sudah diliputi teritip daripada pelayaran jauh di dasar lautan. Dengan segala kesusahan dia menaiki pantai memilih ruang paling selamat, mula mengorek lubang, air matanya mengalir, telur dilabuhkan sebutir demi sebutir. Selepas semua telur selesai dikambus si ibu berpatah balik turun mencecah gigi pantai dalam gelap malam. Telurnya ditinggalkan terdedah kepada simpati alam.Sesekali tertanya-tanya ibu jenis apakah ini? Tergamak ia biarkan telur yang bakal menetas di mana anak menjengah dunia memulakan hidup tanpa perhatian. Lebih sukar lagi apabila ia ditetaskan di daratan sedangkan habitat mereka di lautan. Sekali lagi kita bertanya ibu jenis apakah ini?
Apakah yang tersembunyi di sebalik semua ini? Namun keajaiban alam tersaksi apabila sampai waktu menetas, setiap anak penyu mengoyakkan kulit nipis telur, menguak timbunan pasir dan dengan tertib mengatur langkah ke dunia baru mencari gigi pantai.
Kemudian seekor demi seekor berenang memulakan kayuhan ke arena sebenar seluas samudera. Ditengah lautan itu apabila sampai waktu menetas si ibu rupa-rupanya terapung dengan kakinya seperti pergerakan melambai-lambai mengirim gelombang ke arah darat, ke arah pasir dimana anak-anaknya sedang bertungkus lumus memulakan langkah hidup. Gelombang kasih ini menjadi tali temali menarik semua anak ke arahnya walau berada dalam jarak yang jauh dan di alam berbeza. Mereka kemudian berenang ke dunia kelam dalam liuk lentuk lanskap khazanah dasar laut yang indah.
Kita berfikir tentu disebalik dunia fizikal ini ada juga tali ghaib. Ia menggerakkan manusia di sebalik seluruh perilaku fizikal mereka. Di sanalah terdapatnya ruang doa, daerah aura, sentuhan lembut kasih. Semua ini adalah contoh tali temali yang menggerakkan manusia tanpa mereka sedari.
Seorang anak yang lama menyepi diri tiba-tiba terpanggil pulang ke ribaan ibunya membawa sekeping hati mengemis kemaafan. Sebenarnya sebelum hari itu, hati ibunya terkocak dan selautan rasa keibuannya membuak. Rasa ibunya itulah tali yang menarik anaknya pulang!
Seorang hamba Allah yang lalai dengan dosa, tiba-tiba pulang mengetuk pintu keampunan Ilahi. Kembali dengan sejuta keinsafan. Apa yang menggerakkan hidayah Allah ini?
Langkah ini adalah daripada doa orang tua masa lampau yang berdoa untuk kebaikan zuriatnya. Doa mereka menjadi tali yang menarik hamba ini kembali kepada fitrah Rabbinya.
Justeru dalam hidup ini di samping segala usaha dan ikhtiar, gunakanlah tali temali ini. Marilah mengikhlaskan niat, sentiasa menadahkan tangan memanjatkan doa buat anak, pasangan, saudara serta seluruh dunia agar tali halus ini sentiasa menarik mereka agar tidak tersasar dari laluan hidup sebenar. Biarlah ia menjadi penggerak hidup dengan irama kebaikan berpanjangan merentasi zaman.
Berikanlah sentuhan lembut, limpahan kasih dan kita tentunya bukan lebih terkebawah berbanding ibu penyu dengan aura ajaibnya!
No comments:
Post a Comment