24 March 2013

Sifat tawaduk Shaykh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti rahimahullah


share dari link fb ~Ahmad Fahmi C Nordin


Sifat tawaduk Shaykh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti rahimahullah.

Dalam sebuah rancangan TV, beliau pernah ditanya oleh pengacara, mengapakah beliau agak tegas melarang orang mengucup tangannya. Lalu beliau menjawab dengan nada yg penuh sayu,

"Demi Allah.. Yang Tiada Tuhan SelainNya.. Aku berasa malu dengan Allah apabila orang mencium tanganku. Kerana aku kenal diriku! Tuhanku bersifat Sittir.. Yang menutup (keburukan).. Aku tahu apa yg aku lalai.. berapa kali aku telah lalai di sisi Tuhanku! Tapi Tuhanku tidak mahu (keadaan) orang terhadapku melainkan sesuatu yg positif. Dia menutup perkara yg lain. Dia sembunyikannya antaraku dan antaraNya. Baiklah, jika seorang manusia datang... melihat perihal zahirku dan tidak pernah ternyata perihal batinku, dia tidak tahu.. tapi Allah tidak tahu?! .... Dan Allah 'azza wajalla melihat, (berkata) "Bukankah kamu buat begini, kamu buat begitu?! ...." Inilah yg menyebabkan aku menghalang orang dari mengucup tanganku.."

Syaikh memejam-mejamkan matanya agar air matanya tidak mengalir. Kini beliau sudah mengadap Tuhannya. Semoga beliau ditempatkan di kalangan para syuhada', anbiya' dan solihin. al-Fatihah.

Doa-doa terakhir Shaykh al-Buti rahimahullah menggambarkan kebersamaan beliau dengan rakyat Syria. Menurut Shaykh al-Yaqoubi hafizahullah, sumber yang dekat dengan beliau menyatakan bahawa beliau mencela rejim Asad dalam majlis-majlis tertutup dan sedang mencari jalan untuk keluar dari Syria tetapi kawalan sangat ketat. Beliau dibunuh pada malam Jumaat yang mulia, di dalam rumah Allah yang mulia.

Kumpulan Mujahidin menafikan tuduhan bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam serangan ini. Bahkan masjid itu terletak di kawasan yang aman dan dikawal ketat. TV Syria melaporkan kononnya berlaku pengeboman berani mati tapi tiada kesan letupan?! Saya fikir ini isyarat-isyarat yang jelas. Semoga sesiapa yang masih celupar mulutnya dan tidak bersetuju dengannya dapat beramal dengan hadis 'Sebutlah kebaikan orang yang mati di kalangan kamu dan tahanlah diri kamu daripada menyebut keburukan mereka.' (Riwayat Abu Daud)
 

No comments:

Post a Comment