Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi nun jauh disana...
Maka dakapkanlah Al-Quran dalam hatimu,
Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu,
Maka rindukanlah dia dalam setiap sujudmu,
Maka pintalah agar dia selalu berada di jalanNya,
Maka mohonlah agar DIA selalu menjaga hatinya.
Salam Ukhuwahfillah selamanya...
Ya Rabbi,
ku berpasrah diri dari segala keangkuhan dunia
yang menyebabkan ujub akan kemuliaan dariMu
Ku berserah diri dari segala kesombongan
yang menyebabkan aku menjauhi syurgaMu.
Ya Ilahi,
janganlah Engkau hinakan aku kerana kelalaianku
diriku yang banyak noda dan berdosa
kurangnya bersyukur pada nikmatMu
Ampunilah diriku, Ya Ilahi Rabbi..
kutadahkan tangan dengan lemas
kerana kusedar diri ini tak sehebat mana
hati ini bahkan lebih rapuh dari kapur
dan kumohon kekuatan atas semua ujian dariMu.
Dengan penuh kesungguhan
Kumeratap di sepertiga malam
Di bawah naungan sinar purnama
Kuakui segala khilaf dan nista
Ku sedar akan kedhaifan tanpa pernah mengingatiMu
Doaku kini aku panjatkan
Air mata menitis umpama hujan di Gurun Sahara
Hati yang gersang kini terasa tenteram
Hanya Engkau yang tahu keadaanku,
Yang tiada terkendali oleh badai dunia
Ya Allahu Rabbi, betapa ku harapkan ampunanMu.
No comments:
Post a Comment