share dari link fb ~Hafizatul Mashaf
jom baca ^___^
N.A.S.I.H.A.T J.O.D.O.H
panduan dan nasihat dari guru mulia Al Arifbillah Sayyidi Sheikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini qaddasallahu sirrahu berkenaan JODOH, maka beliau berkata:
"Asas hidup kita ialah agama. Maka apapun,nilailah dengan penilaian agama. Bila menilai dengan agama, maka agama berdiri dengan akal yang sihat. Maka buatlah pemilihan dengan akal yang sihat.
Syara' telah menetapkan ciri2 yang sesuai dengan agama. Maka itulah pilihan kita.
Khair..Hidup ini terdiri dari 3 alam. Alam ghaib, Alam khayal, dan Alam nyata.
Alam ghaib itu tidak diketahui.Tapi ianya ada. Alam khayal itu tidak ada. Tapi ianya membayangkan bagaimanakah alam ghaib itu. Dan Alam nyata ialah yang kita lihat dan tahu.
Nah,sekarang hidupmu perlu berdasarkan alam nyata kerana ianya realiti yang kita hidup didalamnya.
Jangan kamu hidup dengan alam khayal sebab ianya hanyalah apa yang berada di minda seperti kamu mengharapkan jodohmu itu,ini dan sebagainya.
Namun,hidup alam realiti itu kering tanpa khayal.Maka khayal itu perlu untuk memperindahkan realiti ini.
Oleh itu,setelah kamu cari apa yang sesuai dengan ciri2 syara', maka carilah apa yang tergambar di khayalmu itu.Nak yang begini,begitu sehingga jumpa.
Namun hiduplah dengan realiti.Jangan sandarkan pada khayalmu. Maka kamu akan bahagia dan tidak tertipu."
Demikianlah lebih kurang nasihat Shaikhuna yang sangat membantu. Ramai yang bercerai hatta sefikrah,1 organisasi, 1 jemaah, tak terlepas pasangan ameer dan ameerah. ramai yang mengganggap inilah baitul muslim idaman,baitul dakwah contoh dan sebagainya.Tapi berakhir juga dengan perceraian diusia awal perkahwinan.
Alfaqir kira antara puncanya ialah kerana tidak hidup dengan realiti.
Kita banyak hidup dengan "ayat-ayat cinta","ketika cinta bertasbih","sajadah cinta","syabab musafir kasih","Tautan Hati" dan sebagainya dari kita hidup dengan realiti.
Moga sedikit perkongsian ini memberi sedikit pencerahan kepada sahabat2.
~Hiduplah dengan realiti,Indahkan dengan Khayalan~
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
~ ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMADIN WA A'LA ALIHI WA SOHBIHI WA BARIK WA SALLIM ~ :')
^__^
No comments:
Post a Comment