share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam petang yang indah buat sahabatku semua,
Selamilah ke dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT
Buat insan bergelar hamba,
Kembara Mencari Tarbiyyah Diri..
Ya Rabbi, aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar yang menginfaqkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya umpama Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad. Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan Ad-DinMU..
Ya Allah, izinkan aku mencintaiMu melalui seratus-dua perak yang terhulur pada tangan-tangan kecil di persimpangan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di bawah-bawah jambatan. Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan, teman jua sahabat handai.
Ya Ilahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya ibadah solat bak salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Kerana itu Ya Allah, perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu dalam solat yang cuba ku dirikan dengan penuh rasa tawadhuk, meskipun ingatan terkadang melayang ke arah mehnah dunia yang sentiasa menjadi siulan bernama 'insan. Aku juga sedar, aku adalah insan yang lemah namun kelemahanku Engkau sorokkan di khalayak manusia. Maha Suci Engkau Ya Rabbi.
Ya Rahman, aku tak dapat beribadah seperti para sufi dan rahib yang membaktikan dan menyerahkan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat Qiamullailku. Dalam satu-dua sunnah nafilahMu. Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.
Ya Quddus, aku tak sanggup mencintaiMu sebagai para Hafidz dan hafidzah yang menuturkan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar-dua tilawah harianku. Lewat lantunan seayat-dua hafalanku.
Ya Rahim, aku tak sanggup mencintaiMu seumpama cintanya Sumayyah yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMU. Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk jalan dakwahMu.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.
Allahu Ya Karim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya dan patuh mengorbankan pemuda di depan biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta.
Allahu Rahmanurrahim, Ilahi Rabbi..
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku agar cinta itu mengalun dalam jiwa, mengalir di sepanjang denyut nadiku.
.. tanpa ujian Allah,
kita sendiri tidak dapat mengetahui, menilai siapa diri kita,
berterima kasihlah pada yang menganugerahkan ujian itu,
dan ujian itulah yang membuat kita mengenali diri,
siapa kita, ke mana kita dan di mana berakhirnya kita..
Kerana sesungguhnya…
DUNIA itu REALITI,
dan MATI itu PASTI..

No comments:
Post a Comment