share dari link fb ~Khazinatul Asrar Hidayah
NABI TIDAK REDA UMMATNYA MASUK NERAKA..
Kisah seorang pemuda yg mana di beri syafaat syurga buatnya…Pemuda ini sudah ditimbang amalannya dan amal keburukan lebih banyak daripada kebaikan maka dengan tegas dan kasarnya menarik pemuda itu untuk ke neraka tetapi Rasulullah menahannya.
Namun malaikat tidak mempedulikannya dan Rasulullah sallallahualaihiwasalam memohon kpada Allah supaya di timbang sekali lagi amalannya juga meminta malaikat mendengar cakap Baginda Nabi.
Jadi ditimbang sekali lagi amalan pemuda itu ternyata amalan keburukannya lebih berat dari kebaikannya,maka Rasulullah mengeluarkan sesuatu daripada bajunya dan diletakkan di atas timbangan amal kebaikkannya dan timbangan kebaikan itu terus menjadi berat melebihi keburukan.
Datanglah malaikat dengan baik dan lemah lembutnya memegang pemuda itu untuk di masukkan ke dalam syurga,tetapi Baginda Nabi menahannya.
''Sebentar aku ingin bercakap dgn pemuda ini,berkata Rasulullah.
Lalu pemuda itu bertanya kepada Rasulullah sallallahualaihiwasalam :''Siapakah engkau?? ( pemuda ini tidak pernah mengenali baginda nabi dan jauh daripada islam)
Jawab Rasulullah sallallahualaihiwasalam “ Aku… Rasulullah..nabimu… “
Menangis teresak2 pemuda tadi kerana beliau tidak pernah kenal siapa Rasulullah sallallahualaihiwasalam dan Rasulullah sallallahualaihiwasalam telah memberi syafaat kepadanya.
Pemuda itu bertanya lagi,''Ya Rasulullah , apakah yg engkau letakkan di atas timbangan amal kebaikan ku sehingga ia menjadi begitu berat?Sedangkan aku ini kurang amalnya.
Jawab Rasulullah sallallahualaihiwasalam itulah SATU SELAWATMU KEPADAKU YANG ENGKAU PERNAH HADIAHKAN BUAT KU SEUMUR HIDUPMU…. Allahu Robbi…. T_T
*Sesungguhnya syafaat rasulullah itu sangat hebat dan sayangilah baginda lebih dari segala2nya… :’(
Dikisahkan oleh Murabbina al fadhil as syeikh murabbi Zainul Asri Haji Ramli.
:)
Gambar dan kisah kredit to ukhti Siti Nurhidayah Zainol ♥
No comments:
Post a Comment