24 August 2012

shared Haslinda Alias's photo.
✿~ SEMUA orang tahu RACUN sangat berbahaya..jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti..bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya DOSA..ianya lebih berbahaya daripada racun..

✿~ Dosa membua
tkan seseorang MERANA di dunia dan akhirat..paling teruk kalau terminum racun orang akan MATI tetapi bahaya dosa orang akan DIBAKAR di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni MENYUSAHKAN orang lain di DUNIA..ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing..sangat TIDAK BETUL kata-kata itu..

✿~ KUBUR kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan..maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang..memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia LANGGAR orang, dah berapa ramai mangsa KEMALANGAN angkara pemabuk, rumah tangga HANCUR dek kerana arak..kan menyusahkan orang tu..maka, bertaubatlah sekarang..moga saya dan kalian dalam redhaNya...


"Wahai sekalian manusia, BERTAQWALAH kepada Tuhan Kamu, dan TAKUTILAH akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari AZAB DOSA masing-masing. Sesungguhnya JANJI Allah itu adalah BENAR, maka janganlah kamu diperdayakan oleh KEHIDUPAN DUNIA dan jangan pula kamu diperdayakan oleh BISIKAN dan AJAKAN Syaitan yang menyebabkan kamu berani MELANGGAR perintah Allah."

(Surah Luqman : 33)
 

~✿..DHUHA..✿~

Saya: "Makcik umur berapa yer? Nampak mudalah."
Makcik: "..........."
Saya: "Rahsia ke?"
Makcik: "Empat puluh tiga."
Saya: "Ooo. Nanti anak makcik bila dah tua macam makcik jugalah nanti."
Anak makcik: "Aamiiiinnn."
Makcik: "Takdelah Lin..SOLAT DHUHA saja RAHSIANYA."

>>> "Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah..Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”


>>> Semoga dengan MEMBUDAYAKAN solat dhuha, kita akan LEBIH DISAYANGI oleh Allah SWT dan sentiasa di dalam naunganNYA..(✿◠‿◠)

La Tahzan .... JANGAN Bersedih

shared Haslinda Alias's photo.
>>..Ya ALLAH pencipta hati..aku mohon KETENANGAN dariMu, HILANGKAN resah gelisah dalam hatiku ini agar aku dapat ketemu NUR di lubuk hati yang banyak BERDOSA ini..amin..<<

✿~ Jangan bersedih, sesungguhnya rasa SEDIH akan selalu mengganggu
dengan KENANGAN masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan KESEMPATAN pada hari ini..
✿~ Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, SEMANGAT akan padam, dan HARAPAN akan menghilang..
✿~ Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan MENENTANG qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan BENCI terhadap nikmat..
✿~ Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang HILANG dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak TAKDIR, dan tidak mendatangkan manfaat..
✿~ Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari SYAITAN, dan kesedihan itu adalah rasa PUTUS ASA yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan dan KEGAGALAN yang menyakitkan..

>>> Wahai HATI yang sedang bersedih, Allahkan ada..KEMBALILAH padaNya, tingkatkan TAQWA, ukirlah AZAM di hatimu..cekalkan SEMANGAT dan teruslah TABAHKAN hati..jalan yang sedang kamu lalui itu, BUKANLAH setenang air dikali..✿✿✿

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 
 

6 perkara Allah sembunyikan

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan ben

tuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir

zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'


Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'


Petua Untuk Menghalau Tikus

shared ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA's photo.
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepo
mpong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui oleh tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan friskies)

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi)

Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Buah jering dan Tangkai jering. (Letak di lokasi tikus selalu berkumpul)

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup, gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika berjaya dapat, kurung ia 2-3 hari dalam stor atau bilik air atau tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari keempat bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Baca bismillah (doa penggerak) dan lepaskan ia. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.

Pilihan 11: Ditulis pada kayu zaitun sebanyak empat buah, menulisnya pada hari Rabu sebelum terbitnya matahari, lalu dipendam di tempat yang banyak tikusnya, baik di rumah ataupun di sawah, dipendam di bagian sudut (pojok), sewaktu akan memendam dengan membaca ayat itu tiga kali, insya Allah semua tikus sama pergi. Ayatnya:

Surah Ibrahim: 13

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: "Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami". Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan orang-orang yang zalim itu,

NOTA:
a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun.

b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun.

c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memberi mudarat kepada kita. Walaupun di negara Indonesia dan di negeri Sarawak, ada manusia yang memakan tikus, tetapi mereka ini biasanya mudah terkena penyakit hingga membawa kepada kematian. Ana pernah merawat pesakit bangsa Iban (Iban ialah bangsa Sarawak atau lebih dikenali sebagai 'apai') yang akhirnya menemui ajal setelah makan tikus. Tikus yang dimakan ialah tikus hutan.

~✿..MENDAHULUKAN YANG KANAN..✿~

shared Haslinda Alias's photo.
Salah satu GAYA HIDUP Rasulullah SAW adalah memulakan sesuatu perkara dengan MENDAHULUKAN bahagian KANAN samaada dalam urusan makan, minum, bersuci, berpakaian dan sebagainya..

Aisyah RA menjelaskan hal i
ni :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ شَأْنِهِ كُلِّهِ فِيْ طُهُوْرِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَتَنَعُّلِهِ

“Rasulullah selalu MENDAHULUKAN yang KANAN dalam seluruh pekerjaannya, seperti dalam bersuci, berjalan, dan memakai sandal.”
(Muttafaq ‘Alaih)

>>> Sungguh MUDAH untuk kita amalkan SUNNAH Rasulullah SAW..memberi dengan tangan kanan, melangkah dengan kaki kanan, makan dengan tangan kanan dan lain-lainnya jika diamalkan sepanjang hari ada lebih 200 kali kita telah melaksanakan satu amalan sunnah Nabi S.A.W...mari kita MEMBIASAKAN dalam KEHIDUPAN kita dengan sunnah Rasulullah Saw walaupun daripada perkara-perkara yang terlalu kecil dan mudah sekalipun..semoga kita semua DISAYANGI & DIAMPUNI Allah..(✿◠‿◠)

Sedarkah kita.......akan fakta ini :) Subhanallah Maha Suci Allah

Tahukah Anda Fakta Ini?

Panjang tapak kaki kita adalah sama panjang dengan lengan kita (dari pergelangan tangan ke pelipat siku), dan panjang ibu jari kita adalah sama panjang dengan hidung kita, dan juga panjang bibir kita adalah sama degan jari telunjuk.

#kalau macam ni, senang lah nak beli kasut bru kalau malu nak bukak kasut.. :-D 
 

23 August 2012

◇ Lemah Lembutlah dalam Bertutur Kata ◇

shared ღ Lembut HatiMu Anggun PribadiriMU ღ Mutiara Muslimah Sholehah's photo.
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalamu ' alaikum Warahmatullahi ' Wabarakatuh
◇ Lemah Lembutlah dalam Bertutur Kata ◇

Segala puji bagi Allah, Rabb yang berhak disembah. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Semakin maju zaman, semakin manusia menjauh dari akhlaq yang mulia. Perangai jahiliyah dan kekasaran masih meliputi sebagian kaum muslimin. Padahal Islam mencontohkan agar umatnya berakhlaq mulia, di antaranya adalah dengan bertutur kata yang baik. Akhlaq ini semakin membuat orang tertarik pada Islam dan dapat dengan mudah menerima ajakan. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita perangai yang mulia ini.

♥ Perintah Allah untuk Berlaku Lemah Lembut

Allah Ta'ala berfirman,
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. ” (QS. Al Hijr: 88)
Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi mengatakan, “'Berendah dirilah' yang dimaksud dalam ayat ini hanya untuk mengungkapkan agar seseorang berlaku lemah lembut dan tawadhu' (rendah diri).”1 Jadi sebenarnya ayat ini berlaku umum untuk setiap perkataan dan perbuatan, yaitu kita diperintahkan untuk berlaku lemah lembut. Ayat ini sama maknanya dengan firman Allah Ta'ala,

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ الله لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ القلب لاَنْفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ

“ Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imron: 159). Yang dimaksud dengan bersikap keras di sini adalah bertutur kata kasar.2 Dengan sikap seperti ini malah membuat orang lain lari dari kita.
Al Hasan Al Bashri mengatakan, “Berlaku lemah lembut inilah akhlaq Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam yang di mana beliau diutus dengan membawa akhlaq yang mulia ini.”

♥ Keutamaan Bertutur Kata yang Baik

Pertama: Sebab Mendapatkan Ampunan dan Sebab Masuk Surga

Dari Abu Syuraih, ia berkata pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,

يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ

“Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam surga.” Beliau bersabda,
إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ

“Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik.”

Kedua: Mendapatkan Kamar yang Istimewa di Surga Kelak

Dari 'Ali, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Di surga terdapat kamar-kamar yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar.” Kemudian seorang Arab Badui bertanya, “Kamar-kamar tersebut diperuntukkan untuk siapa, wahai Rasulullah?” Beliau pun bersabda,

لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ

“Kamar tersebut diperuntukkan untuk siapa saja yang tutur katanya baik, gemar memberikan makan (pada orang yang memerlukan), rajin berpuasa dan rajin shalat malam karena Allah ketika manusia sedang terlelap tidur.”

Ketiga: Bisa menggantikan Sedekah

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

“Tutur kata yang baik adalah sedekah.”

Dari 'Adi bin Hatim, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

“Selamatkanlah diri kalian dari siksa neraka, walaupun dengan separuh kurma. Jika kalian tidak mendapatkannya, maka cukup dengan bertutur kata yang baik.”

Ibnul Qayyim mengatakan, “Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menjadikan tutur kata yang baik sebagai pengganti dari sedekah bagi yang tidak mampu untuk bersedekah.”

Ibnu Baththol mengatakan, “Tutur kata yang baik adalah sesuatu yang dianjurkan dan termasuk amalan kebaikan yang utama. Karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam (dalam hadits ini) menjadikannya sebagaimana sedekah dengan harta. Antara tutur kata yang baik dan sedekah dengan harta memiliki keserupaan. Sedekah dengan harta dapat menyenangkan orang yang diberi sedekah. Sedangkan tutur kata yang baik juga akan menyenangkan mukmin lainnya dan menyenangkan hatinya. Dari sisi ini, keduanya memiliki kesamaan (yaitu sama-sama menyenangkan orang lain).”

Keempat: Menyelematkan Seseorang dari Siksa Neraka

Dalilnya adalah hadits Adi bin Hatim di atas. Ibnu Baththol mengatakan, “Jika tutur kata yang baik dapat menyelamatkan dari siksa neraka, berarti sebaliknya, tutur kata yang kotor (jelek) dapat diancam dengan siksa neraka.”

Kelima: Dapat Menghilangkan Permusuhan

Ibnu Baththol mengatakan, “Ketahuilah bahwa tutur kata yang baik dapat menghilangkan permusuhan dan dendam kesumat. Lihatlah firman Allah Ta'ala,

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

“Tolaklah (kejelekan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (QS. Fushilat: 34-35). Menolak kejelekan di sini bisa dengan perkataan dan tingkah laku yang baik.”

Sahabat yg mulia, Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhuma- mengatakan, "Allah memerintahkan pada orang beriman untuk bersabar ketika ada yang membuat marah, membalas dengan kebaikan jika ada yang buat jahil, dan memaafkan ketika ada yang buat jelek. Jika setiap hamba melakukan semacam ini, Allah akan melindunginya dari gangguan setan dan akan menundukkan musuh-musuhnya. Malah yang semula bermusuhan bisa menjadi teman dekatnya karena tingkah laku baik semacam ini."

Awas! MEE SEGERA DI LAPISI LILIN...

Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungk
usan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:

Masak mee segera dalam periuk.
Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan.

Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.

Solat Qasar

Bismillahirrahmaanirraahiim,
Assalamu Alaikum warahmatullahi wabarahkatuh

Maksud Qasar:

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar:

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

2. Al-Sunnah yang bermaksud:

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar:

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar:

1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
 

:::Falsafah Babi vs Lebah:::

Falsafah babi :
Kita jangan jadi macam babi!
Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman,
walaupun di sana ada bunga mekar indah, buah-buahan yg enak2 dan makanan yg baik2,
tapi babi akan sentiasa tetap menyondol mencari najis dan kotoran.

Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, asyik mencari kekotoran dan najis. Kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara2 kita saja.

SEBALIKNYA…

Falsafah lebah :
Kita kena jadi macam lebah!
Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga,
samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut.
Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarang,
dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit).

Pengajaran : Jadilah seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.
 

Petua Untuk Awet Muda

Sebut sahaja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan sahaja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara. Kini terbukti makanan tr
adisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.


Jika anda impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, makanlah budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas, sekali gus menghalang proses penuaan.

21 August 2012

PUASA QADA ATAU 6 SYAWAL?

Bercita-citalah untuk menjadi Solehah

Jangan marah saat ada.....

Dunia ini hanya ada tiga hari

Benarlah bahawa kita perlu mendepani hari ini. Kita perlu menghadapi sekarang yang kita lalui dalam hidup ini. Yang lalu biarkan berlalu. Maka kita gunakan kesempatan dan peluang yang ada pada hari ini untuk kita menjadi lebih baik. Masa yang terbaik ialah di sini dan sekarang, bukan masa hadapan yang masih belum tentu dan pasti.

Siapakah Mukmin Terbaik?

Dari Umar bahwa ia berkata, “Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Anshar.

Setelah mengucap salam kepada beliau, ia bertanya,
“ Ya Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik itu?” Beliau menjawab, “Yang paling baik akhlaknya.” Ia bertanya, “Siapakah orang mukmin yang paling pintar?” Beliau menjawab, “Yang paling sering ingat kematian dan yang punya persiapan terbaik untuk menyambut apa yang terjadi sesudahnya. Mereka itulah orang yang paling pintar". (HR Ath Thabrani, Ibnu Majah & Malik)

Dalam hadist lain, ”Org pintar adalah orang yang mau mengoreksi dirinya sendiri dan beramal untuk kepentingan akhirat nanti. Dan orang bodoh ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya, tetapi berharap-harap kepada Allah.”(HR At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad).

SubhanAllah, bagaimana ngga cerdas karena ingat mati terus... semangat belajar ilmu yang mendekatkan dirinya kepada Allah dan iapun semangat beribadah dan beramal soleh untuk keselamatan akhirat.

Sementara orang yang tidak ingat mati, yang hanya berfikir dunia secuil ini, ia sibuk mengumpulkan dunia tanpa peduli akhirat yang abadi, tidak peduli halal haram, berdusta, mempergunjing, berani buka aurat, durhaka, menipu, korupsi, membunuh dan sebagainya, kalaupun berbuat baik hanya untuk target duniawi dan membangun citranya di mata manusia, "Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat, Allah jadikan mereka memandang indah perbuatan duniawi mereka sehingga mereka hidup asyik bergelimang dosa" (QS 27:4).

Pantaslah Allah menyebut mereka, "Zholuman Jahuulan" orang yang sangat zholim lagi sangat bodoh (QS 33:72), sudah pasti mati kok maksiat?.

"Semoga Allah selalu membimbing kita agar menjadi hamba Allah yang cerdas dan berakhlak mulia karena selalu ingat hidup setelah mati...

Aamiin".

Bermaafan tidak semestinya bersalam/salam tangan

  
Ni adalah list orang yg seorg wanita boleh salam memohon maaf :-

Ayah kita

Abang (bukan abang angkat)
Adik lelaki (bukan adik angkat)
Adik beradik lelaki mak kita (bukan angkat)
Adik beradik lelaki ayah kita (bukan angkat)
Atok belah mak n ayah

Yang dah kahwin tambah :-

Suami
Pak mertua
Atok mertua

* ipar duai,sepupu sepapat,suami makcik kita,pak sedara suami kita tak boleh salam

* hubungan angkat boleh, unless dh jadi haram nikah (saudara susuan)
* tiada istilah "dah mcm adik beradik " untuk menghalalkan sentuhan


18 August 2012

Takbir raya..selamat beramal..salam aidilfitri




Semalam Yang Terindah -- Tika Tinta Bertasbih

Nukilan sahabat fb -- Tinta Khalifah

Makna Lafadz Takbir



Makna lafadz Takbir;

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

[credits: Ceramah Online]

Cinta yang berkualiti : SOLAT

SOLAT
Cinta yang berkualiti:


DOA HARI TERAKHIR RAMADHAN

Org beriman berasa sedih bila ramadhan meninggalkn kita

DOA HARI TERAKHIR RAMADHAN

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim;
Pandanglah diri aku Ya Allah;
Kasihanilah aku Ya Allah;
Ampunilah Diriku Ya Allah (3x);
Ampunilah Ibubapaku;

Ampunilah Suami/Isteriku;
Ampunilah Anak2ku;

Ampunilah saudara2ku/jiran2ku/Guru2ku/sahabat2ku/muslimin-muslimat yg hidup & mati;

Angkatkanlah tahap iman ku, aqidah ku, syariat ku, akhlak ku Ya Allah;
Terimalah amal-ibadah ku, zikir2 ku, bacaan AlQuran ku, fahaman hadith2 Rasul Mu, sedeqah-jariah ku, taubat ku Ya Allah;
Jadikanlah aku umat yg sentiasa disebut olehMu/didoakan para Malaikat;
Ya Allah, janganlah menduga aku dgn cabaran dunia yang berat & besar;
Janganlah seksa aku di Barzakh,
Masukkanlah aku ke syurga tanpa dihisab di Mahsyar;
Benarkan aku utk masuk di kesemua pintu-pintu syurga Mu Ya Allah;
Ya Allah, berilah doa2ku keutamaan & janganlah ia ditangguhkan;
Jika Kau lihat ada doa2 umat yg belum dikabulkan, kabulkanlah ia;
Jika Kau lihat ada umat yg sdg sakit, sembuhkanlah ia;
Jika Kau lihat ada umat yg sdg susah, permudahkankanlah ia;
Jika Kau lihat ada suami-isteri yg sedang bergaduh/berpisah, amankanlah mereka;

Jika Kau lihat ada isteri-anak yg durhaka & biadap, solehkanlah ia;
Jika Kau lihat ada umat yg bersengketa, selesaikanlah persengketaan mereka;

Jika Kau lihat ada umat yg difitnah, buktikanlah kebenarannya;
Jika Kau lihat ada umat yg mungkar, taatkanlah mereka terhadap Mu Ya Allah;

Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Myanmar, di Palestin, di Syria, di Sudan, di Afghanistan.

Ya Allah, atas keberkatan bulan Ramadhan, paksikanlah istiqamah ku dlm amal-ibadah, zikir2, bacaan AlQuran dan hadith2 Rasul Mu, sedeqah-jariah, permohonan taubat ku utk bulan-bulan mendatang;

Ya Allah, matikanlah aku & keturunan aku dlm Islam;
Ya Allah aku mohon agar aku & keluarga ku dipimpin Mu sehingga ke syurga.

Salam akhir ramadhan

Sekitar Menyambut Hari Raya



Sekitar Menyambut Hari Raya:

Sambutlah hari raya dengan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan dan dengan saling bersilaturahim. Ada beberapa perkara yang harus di perhatikan:

1.Makan di pagi raya SEBELUM solat raya.
2.Memakai pakaian baru dan harum untuk mengagungkan Pemilik Keindahan, Allah SWT.
3.Saling mengunjungi, memberi salam, menyucikan diri dan saling menyintai sesama kita, merapatkan silaturahim, menghormati orang tua dan bersikap lembut lagi penyayang pada yang muda.
4.Melapisi sambutan hari raya dengan adab dan mengikut syariat Allah tanpa melanggar batasannya.
5.Pada hari raya, tampakkan keceriaan dan kegembiraan bukan kesedihan.
6.Hari raya mengingatkan kita pada hari diperlihatkan amal perbuatan, semuanya sama-sama berkumpul, tanpa mengira pangkat atau darjat saling menyambutnya.
7.Hari raya adalah hari diberikan GANJARAN selepas berpuasa selama sebulan dengan penuh keimanan. Orang yang berpuasa diberi kabar gembira berupa pahala, kemenangan yang agung dan ganjaran yang melimpah.

Setelah solat raya, manusia akan terbahagi kepada DUA kelompok iaitu yang mendapat keuntungan dan kerugian.

Suatu ketika, seorang soleh berjalan melewati orang ramai yang sedang merayakan hari raya dengan berpoya-poya tanpa batasan. Dia berkata:
" Jika kalian melakukan kebaikan di bulan Ramadhan, bukan seperti ini caranya kalian bersyukur. Jika kalian melakukan keburukan di bulan Ramadhan, bukan seperti ini pula cara merayakannya."

[Petikan: 'Hikmah Bulan Ramadhan', Dr Aidh Abdullah al-Qarni,ms:295]

Kekuatan hati dan akal


Kekuatan hati dan akal:

Kekuatan hati dan akal harus seganding. Bijak semata-mata tanpa kebersihan
hati tidak membawa seorang manusia kepada bahagia dan tenang.

AKAL diberi oleh Allah demi ketajaman dan ketepatan menilai masalah.
KEBERSIHAN HATI adalah wadah datangnya bantuan Tuhan untuk
menyelesaikan masalah itu.

Demi ketenangan diri, pada saat akal yang dipenuhi ilmu perlu dibimbing oleh
hati yang sarat dengan iman. Mustahil masalah dapat diselesaikan jika terselit
pra sangka, prejudis dan nafsu amarah yang meledak
Hadapilah episod hitam dalam perjalanan hidupmu yang berliku. Alangkah
baiknya andai dalam perjalanan itu kita mempunyai teman. Dan sebaik-baik teman yang AKRAB ialah Tuhan, dengan bertemankanNya, kita akan bangkit
dari gelita.
 [Pahrol Muhd Juoi, 'DiMana DIA diHatiku', ms:32]