18 May 2015

Syeikh Dr Mustapha Annadawi bercerita dalam majlisnya

share dari link fb ~ Pustaka Abdul Hafiz

Syeikh Dr Mustapha Annadawi bercerita dalam majlisnya:

Ada seorang murid yang duduk lama mempelajari ilmu agama di dalam satu Ribat(pesantren) hingga Allah bukakan baginya hijab,setelah waktu yang lama gurunya memerintahkan dia supaya keluar menziarahi keluarganya,dia berjalan di jalan dia melihat manusia bukan pada hakikat ciptaannya,yaitu berubah wajah wajah mereka dan amat menakutkan,beliau terus pulang ke Pondok yang sangat terkawal dalamnya dari pergaulan yang tidak baik,terkawal pandangan,terkawal keinginan nafsu dan lain lain,intaha.

Ribat pesantren adalah tempat paling baik bila ingin buat keputusan menghantar anak anak belajar,cerificate tidak ada,tetapi ia melahirkan anak anak yang taat,akhlak yang baik,disiplin,tekun menuntut ilmu full time,beramal,belajar disertakan dengan tarbiah,pergaulan terjaga tidak seperti universiti universiti yang dibanggakan pada hari ini,universiti islam tetapi pergaulan bebas,seakan tiada beza dengan universiti di negara barat.Ilmu pesantren ilmu warisan,bersanad,faham,belajar untk menggapai redha,menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Jangan takut,tak makan pasir orang yang berkelulusan pondok,bahkan hari hari boleh makan steak,tidak jumud orang orang berkelulusan pondok bahkan ilmu ilmu yang dikuasai membantu dalam memahami waki',

Maka anda yang sekarang belajar di universiti jangan lepaskan peluang jika ada program talaqqi,walaupun daurah yang mengambil masa hanya berapa hari,tidak dapat full sedikit jangan tinggalkan,Manhaj Abawi Nabawi perlu dihidupkan semula pada era ini.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment