19 May 2015

Kunci Istiqamah; "Seseorang itu jika beramal jangan melihat pada berapa bilangannya akan tetapi lihatlah pada kualitinya, kesungguhannya. Bukan lihat banyak mana amal yang dibuat."

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Kunci Istiqamah; "Seseorang itu jika beramal jangan melihat pada berapa bilangannya akan tetapi lihatlah pada kualitinya, kesungguhannya. Bukan lihat banyak mana amal yang dibuat."

"Dalam hal ini baginda Rasulullah ﷺ bersabda, ketika datang seorang badwi pada Rasulullah mengatakan; "Ya Rasulullah, kalau saya buat yang wajib, yang haram saya tinggalkan, solat wajib semua saya buat, puasa bulan ramadhan, yang halal aku buat, yang haram aku tinggalkan, dengan itu sahaja. Adakah saya boleh masuk syurga? Kata Rasulullah; "Ya. Kamu boleh masuk syurga."

"Kemudian badwi itu kata kan saya tak akan tambahkan amal saya kecuali yang itu sahaja, Maka Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Dia betul akan dapat syurga itu kalau dia betul betul yang wajib dia buat dengan sungguh-sungguh yakni bermakna dalam amal ibadah bukan dinilai dengan kuantiti akan tetapi kualiti itu perlu untuk diambil kira walaupun bilangan kuantiti nya tidak banyak."

"Oleh sebab itu dalam hal ini Al-Imam Abdullah Al-Haddad mengatakan seseorang itu jika ingin beramal, mulailah dengan yang paling ringan. Yang paling mudah. Dengal amal perbuatan Taat pada Allah سبحانه وتعالى, Amal perbuatan yang disukai oleh Allah adalah yang berterusan, istiqamah walaupun sedikit."

"Seorang kerap bertanya bagaimana nak istiqamah dalam beramal? Mulai dengan yang paling ringan, paling rendah, paling mudah dari amal ibadat yang baik untuk dilakukan. Jangan banyak -banyak."

"Bagaimana nak istiqamah amal-amal lain sebab terlalu banyak solat-solat sunat. Witir sebelas rakaat, Dhuha lapan atau dua belas rakaat, solat sunat qabliah ba'diah sepuluh rakaat, ada kata lebih dari itu, kemudian ada solat sunat mutlak yang tiada bilangannya, pelbagai macam solat, yang mana mahu mulakan? Maka Imam Abdullah AlHaddad mengatakan buat solat rawatib dahalu dibuat. Minimum sepuluh rakaat."

"Sunat Qabliah dan ba'diah iaitu sebelum subuh dua rakaat, sebelum zuhur dua rakaat, selepas zuhur dua rakaat , setelah maghrib dua rakaat, selepas isyak dua rakaat, Ini yang 'pokok'. kalau tak buat yang lain tak apa, start paling mudah, qabliah dan ba'diah ini, selepas itu witir. Witir perkara yang Hak. Kalau tak buat witir bukan daripada golongan kami kata Rasulullah ﷺ."

" Sebab itu Al-Imam Abu Hanifah mengatakan Witir itu wajib, dalam mazhab syafie witir itu sunat, disebabkan ia adalah tiada kefardhuan lagi daripada lima waktu yang diwajibkan Nabi Muhammad ﷺ. Witir ada sebelas rakaat, jangan buat sebelas rakaat sekali gus sebab tak biasa, mula dengan tiga dahulu, lebih baik daripada buat sebelas rakaat tapi hanya buat dua tiga kali baik buat tigarakaat dan berterusan dibuatnya." 

"Selepas itu Dhuha, ada lapan atau dua belas rakaat. Jangan buat lapan rakaat sekali gus, kerna mungkin kita tidak mampu. Mula dengan dua rakaat dahulu sampai menjadi sebati, sampai rasa tak selesa tak buat solat dhuha, buat yang mudah dan ringkas dahulu. "

"Kunci istiqamah dalam amal memilih amal yang paling utama yang dibuat dahulu, yang kedua mula paling mudah dan ringan sekali. Dan yang ketiga mohon taufiq pada Allah سبحانه وتعالى untuk dapat istiqamah."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment