18 May 2015

KEK KUKUS OREN PUTIH TELUR

share dari link fb ~ Resepi Kek Kukus Sedap


KEK KUKUS OREN PUTIH TELUR

Bahan A:
525 ml putih telur
400 gm gula pasir (saya ltk 200 gm je)
1 sudu besar ovelette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B :
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk santan

Bahan C :
100 ml santan pekat (saya ltk susu cair)
1 sudu teh esen vanila
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D :
1 sudu besar oren emulco
½ sudu besar pewarna kuning

Loyang 8 atau 9in

Cara :
Bahan A,
Putar semua bahan A dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
Masukkan bahan B dengan cara kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C kaup balik juga hingga rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian, biarkan sama sukatannya......satu bahagian oren, satu bahagian kuning, dan satu lagi adunan asal.
Panaskan pengukus, kukus adunan oren dahulu selama 10 minit, diikuti adunan kuning juga 10 minit dan akhir sekali kukus adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Selamat Mencuba.. Sila share

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment