07 January 2013

Semoga kita termasuk di dalam golongan tersebut. Aamiin Ya Arkhammar Rakhiimiin. Semoga bermanfaat, berzikir dan Salawat.


share dari link fb ~Hayati Yusof


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Dari Abu Hurariah r.a, dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT :

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerana mengingatkan Allah SWT."

Semoga kita termasuk di dalam golongan tersebut. Aamiin Ya Arkhammar Rakhiimiin. Semoga bermanfaat, berzikir dan Salawat.

No comments:

Post a Comment