28 January 2013

PUDING ROTI BERSAMA SOS KASTAD


share dari link fb ~Buku Resepi

PUDING ROTI BERSAMA SOS KASTAD
Oleh : Jamaliah Ibrahim 

12 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 litre susu segar/fresh milk
4 biji telur
1 senduk brown sugar
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
Rendam roti didalam fresh milk selama setengah jam. Masukkan telur, gula, butter dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Satukan dlm roti dan kacau adunan hingga sebati.
Masukkan kismis dan kacau sedikit.
Tuang adunan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak. Cucuk dgn lidi utk mengetahui bahawa puding betul2 masak. Jika adunan tidak melekat pada lidi, bermakna sudah betul masak.

resepi sos kastard:

2 tin susu cair
4 sudu besar kastad
6 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak (saya suka sedikit cair).

Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment