18 October 2014

Resepi Tepung Bungkus

share dari link fb ~Aneka Resepi Kuih Muih

Resepi Tepung Bungkus
Dapatkan pelbagai jenis peralatan dapur di sini
Lihat di sini ➨ Koleksi Barang Dapur

::Bahan inti::
½ biji kelapa parut
½ cawan gula merah
1 sudu besar gula
4 sudu air
1 helai daun pandan
::Cara Penyediaan::
Satukan kesemua bahan inti.Masak sehingga agak kering.Sejukkan dan jadikan bebola kecil,ketepikan dahulu.

::Bahan Pembalut Inti::
1 cawan tepung pulut
Sedikit air garam (untuk lembutkan doh tepung)
::Cara penyediaan::
Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan. 
Ambil sedikit adunan, leperkan dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.

::Bahan2::
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Daun Pisang (dilayurkan dan dipotong pada anggaran yang diperlukan,lapkan daun)
::Cara Penyediaan::
Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut. Masukkan garam dan daun pandan (utk wangi)
Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.
Seterusnya,Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih. Ambil sedikit dan letakkan ke atas daun pisang yang telah dilayur. 
Buat dua biji dan Bungkus dengan kemas. 
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment