13 October 2014

Chocolate Pandan Swirl Bread

share dari link fb ~Buku Resepi


Chocolate Pandan Swirl Bread
OLEH:Noor Abdul Rahim

bahan-bahan :

500g tepung gandum
3/4 paket yeast segera ( instant yeast 11g hanya gunakan 3/4 paket sahaja )
250ml susu suam
150g brown sugar
50ml susu pekat manis
3/4 sudu kecil bread improver
100g butter - suhu bilik
1 sudu kecil pandan paste
1 sudu kecil chocolate paste

cara-cara :

1. Satukan susu suam & yeast. Biarkan 15 minit hingga berbuih.
2. Setelah yeast sedia, satukan kesemua bahan ( kecuali butter, chocolate paste & pandan paste ). Uli adunan hingga tidak melekat (kurang lebih 8 minit).
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dgn pandan paste & sebahagian lagi dicampur dgn chocolate paste. Uli hingga sebati.
4. Tutup kedua-dua bekas dgn plastic wrap & biarkan dough naik 2 kali ganda. Letak di tempat suam.
5. Apabila dough sedia, tumbuk dough 1 kali untuk keluarkan angin.
6. Letak dough pandan diatas dough chocolate. Canai hingga cukup tipis yg sesuai.
7. Gulung kemas & letak kan didalam loaf pan yg telah diminyak kan sedikit.
8. Rehat kan dough antara 45 minit - 1 jam sebelum dibakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau ikut oven masing-masing.
9. Sapukan butter pada atas roti setelah keluar dari oven. Biarkan sejuk sebelum dimakan.

** Kalau tak tunggu betul-betul sejuk dah potong, nanti jadi senget macam saya punya.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment