21 October 2014

Renung2kan : Alkisah sebuah kapal...

Renung2kan

Alkisah sebuah kapal...
Kapal yang dinaiki Hamid dan Yusof rosak akibat ribut dan mereka hanya mampu berenang ke sebuah pulau kecil yang bagaikan gurun.
Dua sahabat karib itu tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah swt.
Untuk melihat doa siapa yang lebih kuat dan dimakbulkan, Hamid mencadangkan agar mereka membuat sempadan di pulau tersebut, dan mereka
tinggal berasingan satu di Timur dan di Barat.
Perkara pertama yang mereka doakan ialah makanan. Pagi keesokan, Hamid terjumpa sepohon pokok buah-buahan di dalam kawasan sempadan pulaunya. Buah itu boleh dimakan. Kawasan Yusof tiada ada apa-apa penemuan, tapi Yusof hanya senyum.
Setelah seminggu, Hamid mendoakan agar dapat mendapat pakaian baru untuk ditukar. Besok harinya, ada benda terapung dibawa ombak menghala ke kawasan pulaunya. Ia adalah peti dengan pakaian baru. Di sebelah Yusof, masih tiada apa-apa, namun beliau senyum melihat Hamid mendapat baju baru.
Melihat doanya dimakbulkan, Hamid mula berdoa untuk lebih banyak perkara termasuk rumah, pakaian dan lebih makanan - apa yang diminta semua diperolehi. Yusof masih tidak mempunyai apa-apa selain terpaksa menangkap ikan dan makanan laut setiap hari untuk meneruskan kehidupan.
Akhirnya Hamid mendoakan agar mendapat sebuah kapal untuk meninggalkan pulau tersebut. Besok paginya, betul terdapat satu kapal yang tersandar di tepi pantai kawasannya. Hamid terus menaiki kapal tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan sahabat karibnya Yusof seorang diri di pulau.
Hamid merasakan Yusof tidak layak menerima segala kurniaan Allah padanya kerana doa Yusof sehingga kini tiada satupun yang dimakbulkan.
Akhirnya Hamid meninggalkan Yusof dalam keadaan diam-diam ketika Yusof tidur petang.
Di tengah lautan, Hamid tertidur dan termimpi… Ada suara dari langit…
“Mengapa kamu sanggup meninggalkan kawan baik mu seorang diri di pulau tersebut?”
Hamid menjawab, “Semua doa dia tak dimakbulkan, dia tak layak menerima apa-apa.”
“Kamu tersilap!” kata suara dari langit tersebut. “Yusof hanya ada satu doa, yang dimakbulkan Allah. Jika tak ada, kamu takkan dapat apa yang kamu dapat.”
“Apa dia? Apa yang didoakan Yusof sehingga saya perlu terhutang padanya? Semua ini hasil doa saya sendiri yang kuat,” kata Hamid dengan angkuh.
“Yusof mendoakan agar segala doa Hamid dimakbulkan,” setelah habis kata-kata tersebut Hamid dikejut bangun oleh satu pancaran petir yang kuat.
Hamid menyesal dan terus balik mencari Yusof di pulau tersebut untuk melihat apakah benar Yusof berdoa untuknya.
Setibanya di pulau tersebut, Yusof gembira melihat Hamid.
“Alhamdulilah. Allah Maha Esa, saya bimbang awak hilang, nasib baik Allah mendengar doa aku untuk membawa kamu kembali dengan selamat ke pangkuanku dan memberikan satu kapal kepada kita untuk meninggalkan pulau ini bersama-sama,” kata Yusof.
Hamid tidak mampu berkata apa-apa mendengar kata-kata Yusof seperti apa yang dimimpikannya. Beliau hanya mampu memeluk Yusof dan memohon keampunannya atas segala kezaliman beliau terhadapnya yang tidak disedari sahabatnya.
Wahai anakku,
Jangan ingat perkara baik yang berlaku adalah atas doa kamu sendiri sahaja tapi ia adalah hasil daripada doa-doa anggota jamaah yang lain, rakan kamu yang turut mendoakan kebaikan pada kamu. Hargailah kawan dan jangan tinggalkan mana-mana sahabat dan orang terdekat di belakang.
Senyum...
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment