12 January 2014

Pesanan buat diri: Sentiasa mengingati Allah di waktu senang dan diwaktu susah

share dari link fb ~ He Who Has No One HAS Allah
 
Pesanan buat diri:

Sentiasa mengingati Allah di waktu senang dan diwaktu susah

Diriwayatkan bahawa Salman Al-Farisi RA pernah berkata;

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا كَانَ يَدْعُو اللهَ فِي السَّرَّاءِ فَنَزَلَتْ بِهِ الضَّرَّاءُ فَدَعَا قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ صَوْتٌ مَعْرُوْفٌ مِنْ أَدَمِيٍّ ضَعِيْفٍ فَيَشْفَعُوْنَ لَهُ وَإِذَا كَانَ لَا يَدْعُو اللهَ فِي السَّرَّاءِ فَنَزَلَتْ بِهِ الضَّرَّاءُ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ صَوْتٌ مُنْكَرٌ مِنْ أَدَمِيٍّ ضَعِيْفٍ فَلَا يَشْفَعُوْنَ لَهُ

'Sesungguhnya jika seorang hamba yang terbiasa berdoa kepada Allah di waktu lapang (senang) lalu dia ditimpa kesulitan dan dia berdoa, maka malaikat akan berkata, “Suara yang dikenali daripada anak adam yang lemah.” Lalu mereka pun akan menolongnya, tetapi jika dia tidak berdoa di waktu lapang (senang), kemudian apabila dia ditimpa kesulitan, maka malaikat akan berkata, “Suara yang tidak dikenali daripada anak adam yang lemah.” Lalu mereka pun tidak akan menolongnya.'

[Sifatus Sofwah, Ibn Al-Jauzi]

# Jangan hanya meminta dan mengingati Allah apabila berada dalam keadaan susah dan lemah semata-mata, sebaliknya harus sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan. 

# Lemahnya kita sebagai hamba, makhluk yang tak berdaya dalam alam yang luas ini tanpa rahmat Allah nescaya kita akan menderita dan binasa.

[Emran Ahmad] 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/

No comments:

Post a Comment