24 January 2014

KHASIAT MINYAK ZAITUN


share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre


Nabi s.a.w. bersabda: “Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Minyak zaitun keluaran Al Haddad Marketing Sdn Bhd melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25darjah selsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah).

Minyak yang melalui proses "Perahan Sejuk" adalah tinggi kandungan anti-oksidannya yang mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas.

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Mengurangkan kadar kolesterol
Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
Mengelak pembentukan batu hempedu
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Menstabilkan asid lemak

CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan

Di antara Khasiat minyak zaitun:

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment