25 June 2013

Jeruk Mangga/Mempelam Muda

Jeruk Mangga/Mempelam Muda
Jeruk Mangga/Mempelam

cc : www.facebook.com/bukuresepi 

Bahan A :

1 kg buah asam mempelam muda (guna mangga pun boleh)
1 cawan garam
2 liter air

Bahan B :

2 cawan gula
2 liter air 

Caranya :

Masak air garam sehingga larut dan mendidih.Biarkan hingga sejuk.
Kupas buah dan bersihkan.Kalau tak nak kupas pun boleh, cuma bersihkan kulitnya.
Belah/Potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz buah. (4/6/8 hiris utk sebiji)
Toskan buah yang telah dibersihkan.
Masukkan buah ke dalam bekas/botol kedap udara.
Tuang air garam ke dalamnya hingga menutupi permukaan buah.Biarkan sehingga 2-3 hari/malam.
Jika perlu, gaul buah dalam bekas dengan sudu yang bersih dan kering.
Setelah genap hari/malam yang ke-3, masak bahan B dan biarkan sejuk.
Buang air garam, elakkan buah dari tercemar atau terkena air.
Masukkan pula air gula, biarkan sehingga 2-3 hari/malam mengikut citarasa sendiri.
Toskan buah,masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
Sedia untuk dinikmati.

*Sekiranya kandungan air jeruk terlalu berbuih, ia bermakna jeruk sudah terlalu masak.Tos air untuk mengelakkan jeruk rosak.

Selamat mencuba :

No comments:

Post a Comment