05 January 2013

NAK MIMPI JUMPA NABI SAW


share dari link fb ~PONDOK HABIB

NAK MIMPI JUMPA NABI SAW

~Untuk mimpi berjumpa dengan Nabi saw, perbanyakkan membaca selawat al-ummi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Baca sebanyak 500X setiap hari.Bagi hari Jumaat dibaca sebanyak 1000x. Insyaallah, akan direzekikan bertemu dengan Nabi saw pada minggu pertama, jika tidak mungkin pada minggu ketiga atau minggu kelima atau pada minggu yang seterusnya.

Dalam berselawat kata Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam perlu menjaga 2 perkara:

i-Muamalat dengan ibu dan ayah.

ii-Muamalat dengan para guru

Analoginya seperti sebuah peti telivisyen, tanpa wayar televisyen tersebut tidak boleh hidup.Wayar itulah ibu bapa kita. Dan untuk memperolehi siaran yang baik, televisyen tersebut meerlukan antena. Antena itulah guru-guru kita.

Dan perkara paling penting yang perlu dijaga untuk membolehkan berjumpa dengan Nabi saw adalah:

" jangan ada di rumah kita kitab ataupun buku ataupun majalah yang kandungannya mencerca para auliya'allah"

>>Murabbi tercinta,Ustaz Muhadir Bin Haji Joll,ikim,fm<<

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

No comments:

Post a Comment

Post a Comment