08 March 2013

YA ALLAH PELIHARALAH ANUGERAH KEAMANAN INI

share dari link fb ~Datuk Dr Maznah Hamid

YA ALLAH PELIHARALAH ANUGERAH KEAMANAN INI

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual.

Ya Allah,
Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.

Ya Allah,
Kami pohonkan ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami daripada segala bencana dan pencerobohan penganas, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Ya Allah,
Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi.

Ya Allah,
Kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.

Engkau kekalkanlah keamanan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan sebuah keamanan ini, agar perjuangan awal yang dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.

Peliharalah keamanan ini Ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.

Peliharalah keamanan ini Ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

Ya Allah, ampunilah orang yang masih hidup dan kalangan anggota keselamatan kami yang sudah meninggal dunia, yang berjuangan mempertahan negara kami, yang hadir mahupun yang ghaib, yang kerdil mahupun yang besar, yang lelaki mahupun perempuan. Ya Allah, sesiapa antara kami yang masih hidup, hidupkanlah dia dalam agama Islam dan sesiapa dan kalangan kami yang engkau matikan, maka matikanlah dia dalam iman.

AMIN..AMIN..AMIN YA ALLAH!


TUNGKU (LAHAD DATU), 7 Mac -- SEMOGA SELAMAT… Anggota tentera mengaminkan doa sebelum meneruskan Op Daulat bagi mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih berlindung di Kampung Tanduo di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA 

share dari link fb ~Lu pikir la sendiri~

Selamat tinggal anak-anak ku sayang... 
Ayah berjuang demi negara, nusa dan bangsa~

share dari link fb ~VAT 69 - Perjuangan Semalam
 
Fikir2kan ....

Kita tgh bersenang lenang..makan di tmpt berhawa dingin....tidur bertilam yg empuk...bila bukak FB kita hemtam...kita pertikaikan..kita seolah olah memandang tugas mereka dgn sinis...tanpa mengambil kira jerih perih keadaan mereka di sana...yg pada bila bila masa sahaja mungkin mereka sudah tidak lagi bernyawa...kita seolah olah menganggap mereka sedang berhibur...sedang bersenang lenang...seolah olah mereka suka suka hadapi semua ini...cukup lah!!! walau kita x mampu memahami tugas mereka..tanggungjawab mereka..pengorbanan mereka...biarlah kita berdoa utk mereka...jgnlah kita bergitu riak dan berlagak dengan apa yg kita kecapi dan nikmati hati ini...tanpa mereka yg bersusah payah ini...mampukah kita hidup aman dan selesa??? hentikanlah sikap bodoh sombong kita...sikap bebal kita..sikap pentingkan diri kita....kalau x mampu menghargai mereka...cukuplah sekadar kita diam dan berhenti utk pertikaikan tugas mereka ....

No comments:

Post a Comment