08 March 2013

Sudahkan Anda Berselawat pada hari ini dan hari2 yg lain??



Jumaat Mubarak...

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 

(Hadith riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, 

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". 


(Hadith riwayat Al Baihaqi)

No comments:

Post a Comment