06 March 2013

Kecintaan Bilal terhadap Rasulullah SAW.


share dari link fb ~Syathir Jasni

Kecintaan Bilal terhadap Rasulullah SAW.

Selepas kewafatan baginda SAW, Bilal ra tidak mampu lagi menetap di Madinah kerana banyak peristiwa yang boleh mengingatkan beliau bersama dengan Rasulullah SAW. Lantas, beliau berpindah ke Syam. Beliau berkahwin di sana. Tiba2 pada suatu malam, beliau terjaga dari tidur dan menangis. "Kenapa menangis ni?" Tanya isterinya. "Aku bermimpi Rasululluh SAW. Baginda berkata kepadaku, "Wahai Bilal, apakah keasingan ini? Tidakkah sekarang ini waktu engkau menziarahi aku?" Beliau pun keluar menuju ke Madinah. Saidina Abu Bakar bertanya, "Wahai Bilal, kenapa engkau tidak azan sepertimana zaman Rasulullah dahulu?". "Minta maaf wahai Khalifah Allah, aku tak mampu azan selepas kewafatan baginda SAW kerana pada ketika dahulu, setiap kali aku azan, aku akan menuju kepada Rasulullah SAW, "Marilah solat ya Rasulullah." Kalau sekarang, bagaimana aku hendak buat begitu?". Lalu, beliau melihat Hasan dan Husain, cucu Nabi SAW, beliau peluk mereka dan mereka meminta beliau untuk melaungkan azan. Bilal tak mampu nak tolak permintaan cucu Nabi SAW kerana Nabi SAW amat sayangkan mereka, lagipun wajah mereka hampir iras Nabi SAW. Beliau pun melaungkan azan, "Allahu Akbar Allahu Akbar." Seluruh penduduk madinah terkejut, "Adakah diutuskan Muhammad?" Semua penduduk Madinah tertanya-tanya. Ketika hendak sebut kalimah, "Aku naik saksi bahwa Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah.", Bilal dan seluruh penduduk Madinah menangis. Itulah saat paling menyedihkan dan sayu sekali...

♥ اللهم صل على سيدنا محمد

[Al-Habib Ali Al-Jufri]

No comments:

Post a Comment