08 March 2013

Ini kisah seorang lelaki yang bersedekah kepada pencuri, pelacur dan si kaya.


share dari link fb ~NOVA TEE


Ini kisah seorang lelaki yang bersedekah kepada pencuri, pelacur dan si kaya.

Ada seorang lelaki yang soleh yang berniat untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Lelaki ini mahu bersedekah dalam keadaan sembunyi di mana tidak siapa pun akan mengetahuinya melainkan Allah.

Pada suatu malam lelaki ini keluar untuk memberi sedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seseorang yang mana pada anggapannya dia merupakan seorang yang miskin. Sedangkan hakikatnya orang itu seorang pencuri.

Pada keesokan harinya pencuri itu menceritakan kepada orang ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya.

Dipendekkan cerita, berita mengenai sedekahnya kepada pencuri sampai ke telinganya. Mendengar berita itu, lelaki itu merasa kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pencuri.

Dia berazam untuk bersedekah lagi kerana dia merasakan bahawa sedekah yang dia tersalah bagi kepada pencuri tu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah. Pada malam yang kedua dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pelacur.

Pada keesokan harinya pelacur itu menceritakan kepada oarng ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya.

Dipendekkan cerita, berita mengenai sedekahnya itu sampai ke telinga lelaki tadi. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa bertambah kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pelacur.

Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya. Pada malam yang ketiga dia keluar dari rumahnya untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang lelaki yang dianggapnya miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang kaya. Apabila lelaki itu mengetahui perkara sebenar bahawa penerima sedekah itu seorang kaya, maka bertambah sedih lelaki itu sehingga dia mengucapkan: Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu. Aku telah tersilap bahagi sedekah kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya.

Lelaki itu bimbang, adakah Allah menerima sedekahnya itu. Akhirnya pada malam itu, dia bermimpi bahawa ketiga-tiga sedekahnya itu diterima oleh Allah dan telah dibalas oleh Allah dengan pahala yang setimpal dengan amalannya itu. Melalui sedekahnya juga, pencuri itu telah berhenti mencuri, pelacur itu berhenti melacur dan si kaya menjadi pemurah dan bersedekah dengan harta yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah.

*Pengajarannya, sedekah itu dinilai berdasarkan keikhlasan si pemberi sedekah. Sedekahlah dengan seikhlas mungkin, kerana Allah Ta'ala. Bukan kerana ingin menunjuk, bukan kerana ingin berbangga. Wallahua'lam :)

Kisah ini berdasaran sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

No comments:

Post a Comment