09 December 2012

Suatu ketika nanti..

share dari link fb~Bintu AlYahya

Suatu ketika nanti...engkau pasti akan terlihat kekuranganku,
Telinganmu pasti akan terdengar tentang keburukkan ku, 
Pasti nanti hatimu akan tersakiti dengan sikapku, yang mungkin disedari ataupun tidak,

Kerana diri ini bukan insan sempurna seperti yang disangka, sering saja melakukan kesilapan yang tidak di duga, kadang jadi matang dewasa, kadang seperti fikiran kebudakan, dan ada juga seperti kegilaan, malah seketika seperti seorang yang amat hebat dan hilang segalanya dimata pandanganmu...

Oleh itu, diri ini amat perlukanmu dari teguran dan nasihat sentiasa daripadamu, 

Tegurlah andai diri salah, nasihatilah andai aku lupa diri, isikanlah kekurangan diri ini dengan kelebihanmu...j­adi tidak usahlah asyik memujiku, meletakkan semua yang indah pada diriku ini, biarlah segalanya IKHLAS daripadamu untukku BUKAN kerana sesuatu yang indah ada pada diriku, tetapi kerana sayangkan diri ini seperti dirimu sendiri..inilah­ JALAN CINTA hebat dijanjikan ALLAH untuk mereka yang berkasih sayang kerana ALLAH....

#aku hanya ada sekeping hati kecil yang amat dahagakan cintaNYA dan cintamu keranaNYA untukku....


Maafkan segala kesalahanku dan kekurangan yang ada, mungkin sering saja membuat hatimu terluka...

No comments:

Post a Comment