Subhanallah..pengorbanan yang besar demi ummah dan bangsa serta tanahair ....kerna ALLAH..menolong orang lain..tapi anak dan isteri syahid dan rumah sendiri hilang dibom, pasti Doktor ini mempunyai jiwa yg cukup kuat...tabah...masyaALLAH...tak dpt dibayangkan dan digambarkan dgn kata2..perasaan beliau saat itu..ALLAH memilih beliau. Allahuakbar.
sumber dari link fb ~Aman Palestin Mesir
Di Gaza, kami sempat melawat Hospital as-Syifa', hospital yang terbesar di Gaza. Kami dibawa oleh seorang doktor dari hospital tersebut(gambar).
Antara kisah jihad yang sangat menusuk adalah kisah teman sekerjanya, doktor di hospital tersebut. Sewaktu peperangan 8 hari Hijaaratus Sijjil, selama 8 hari itulah beliau berada di Hospital as-Syifa', tidak pulang ke rumah langsung demi merawat mangsa peperangan. Tidur di Hospital beberapa jam sekadarnya sahaja.
Demi membantu ummatnya, anak bangsanya yang tercedera.
Selesai perang, beliau pulang ke rumah.
Namun tatkala sampai beliau dapati rumahnya telah tiada, hancur dan anak anaknya semua telahpun syahid.
Allahuakbar walillahil Hamd. (MSG AP 2012)
Sumber: Zaid Zainur (peserta MSG AP 2012)
No comments:
Post a Comment