sumber dari link fb ~Semoga Allah Menerima Amalan Kami Dan Amalan Kamu
~ In love with ALLAH S.W.T ~
Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Bismillaa hitawakkalltua'allah ….
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..
Amat Bermanfaat Untuk Diri Ana Sendiri dan Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah yng dikasihi ALLAH…
KERANA KEIMANAN ITU MENDIDIK
Keimanan itu ibarat cahaya. Manakala keburukan ibarat kegelapan. Semestinya apabila kami menaiki bahtera keimanan ini, kami adalah yang ingin meninggalkan kegelapan itu. Kerana itu, kami sentiasa berusaha untuk mengubah diri. Mempertingkatkan kualiti diri. Dari buruk, kepada baik. Daripada baik, kepada yang lebih baik.
“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” Surah Al-Baqarah ayat 257.
“Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.” Surah Al-Hadid ayat 9.
Jelas di sini bahawa, apabila kami beriman kepada Allah SWT, tunduk dan taat kepadaNya, patuh dan takut kepadaNya, maka kami telah meninggalkan kegelapan itu dengan sendirinya.
Tiadalah bersatu kegelapan dan cahaya dalam satu masa. Kerana kedua-duanya saling membasmi satu sama lainnya. Tiadalah bersatu ketaatan dan kemaksiatan kepadaNya. Kerana kedua-duanya saling berlawanan antara satu sama lainnya.
Maka bagaimanakah kami, yang mengaku beriman kepada Allah SWT ini, boleh bergerak ke arah kemungkaran kepadaNya? Kerana kemungkaran itu sendiri berlawanan dengan keimanan. Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus (Al-Hujuraat:7)
No comments:
Post a Comment