12 December 2012

Dunia Itu Jambatan Akhirat



" Sesungguhnya Allah Taala memberikan kamu dunia ialah untuk kamu menuntun dirimu kepada akhirat, dan Allah tidak memberikan kamu dunia ini untuk kamu bergantung kepadanya kerana dunia ini akan binasa, sedangkan akhirat pula akan kekal. Jadi, jangan pula kamu dikuasai dunia yang akan binasa itu, sehingga kamu membiarkan akhirat ke belakang.

Pilihlah yang kekal daripada yang binasa! Sesungguhnya d
unia itu akan terputus daripada kamu, dan kesudahan kamu adalah menemui Allah. Lantaran itu bertakwalah kepada Allah, kerana takwa kepada Allah itu menjadi benteng untuk dirimu. Jagalah dirimu daripada penyelewengan, serta berdirilah selalu pada kumpulan orang ramai, dan jangan sekali-kali kamu berpecah-belah menjadi puak-puak yang kecil. Dan ingatlah nikmat Allah yang dikurniakan-Nya kepada kamu, iaitu menyatukan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmat Allah tadi kamu menjadi saudara... "

-Saidina Usman bin Affan-

No comments:

Post a Comment