~ In love with ALLAH S.W.T ~
Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Bismillaa hitawakkalltua'allah ….
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..
Amat Bermanfaat Untuk Diri Ana Sendiri dan Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah yng dikasihi ALLAH…
Kita masih terdengar ada dikalangan umat Islam yang berani atau tergamak meneguk arak. Air kencing syaitan itu dilanggah semahu2nya tanpa rasa segan silu. Apakah mereka terlalu sombong terhadap ALLAH SWT atau hati mereka buta drpd merenung peringatanNya?
Hukumnya minum arak di antara dosa2 besar yang dilarang ALLAH SWT dan Nabi SAW. Arak digambarkan sebagai ar-rijs yakni drpd kekotoran perbuatan syaitan yang merosak dan memusnah. Para fuqaha pula sepakat bahawa barangsiapa yang mengingkari pengharamannya, maka ia jatuh kafir.
Apabila arak memasuki tubuh seseorg dan mengalir disegenap urat darahnya, maka akhirnya akan menutup akal dan jiwanya drpd melihat kebenaran. Akal warasnya tdk berfungsi lagi saat itu, sedangkan akal adalah milik (aset, harta, amanah) utama bg ssorg manusia yg membezakan dirinya drpd haiwan melata. Arak (khamar) bilamana diteguk, tertutuplah akal fikiran manusia serta hilanglah kewarasan dan pedomannya. Sedangkan diantara Misi kedatangan islam adalah utk memelihara akal manusia drpd kerosakan dan kesesatan.
Peminum arak (khamar) disifatkan pd permulaanya sebagai burung merak yang ujub membangga diri dan mulai tampak pd dirinya tanda2 kesesatan, kemudian berubah fasa dua menjadi sang kera yang cepat pergerakannya dan akhir sekali menjadi seperti babi yang berkumbang di dalam lumpur.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu minum khamar (arak ) kerana ia adalah pembuka segala kejahatan [ Riwayat Ibnu Majah ].
Apabila seseorg meneguk arak, maka ia mula terdedah dan terbuka kepada segala kejahatan kerana perbuatan itu merupakan kunci yang membuka pintu2 kejahatan dan kedosaan. Maka Islam mengambil sikap menutup segala pintu kejahatan demi kesejahteraan umatnya di dunia dan akhirat.
[ credit to: Amaluddin Mohd Napiah ]
No comments:
Post a Comment