09 December 2012

Anak kecil ini, Mus'ab namanya. (Anak Yatim Gaza..)

Maklumat share dari link fb ~Nur'izzah Abdul Majid



Anak kecil ini, Mus'ab namanya. beliau kehilangan bapa dan kembarnya, Suhaib yang syahid dalam perang Hijaratul Sijjil baru-baru ini. Bapanya yang syahid merupakan seorang pejuang dari bridged Izzuddin Al-Qassam. Manakala, ibunya sekarang terlantar di hospital kerana masalah tulang belakang.

Wajah sugul ini amat meruntun hati kecilku. sudahlah kehilangan bapa dan adik kembarnya teman sepermainan 
dan tumbesaran, rumah pula musnah di bom Israel, ibu pula terlantar keseorangan di hospital. 

Kini, Mus'ab di jaga oleh makciknya, bersama-sama kakaknya, Sundus, dan abang-abangnya Mustafa, Asyraf dan Usamah. Mustafa ada menunjukkan gambar as-syahid bapa dan adiknya Suhaib lewat telefon bimbitnya, MashaAllah, walaupun tubuh mereka penuh kesan lecur dan lebam, tapi ketenangan syahid terpancar di wajah mereka! Tabarakallahu Taala !

Terus tsabat Mus'ab! Semoga membesar sebagai seorang pejuang. Baba dan Suhaib sekarang sudah berada disyurga, semoga dirimu pula yang mengiringi mereka kelak. Semoga jiwa kecilmu sekental Mus'ab bin Umayr, yang syahid mempertahankan Islam dalam perang Uhud ! Allahu Akbar !!!
 — in Gaza, Palestine.

No comments:

Post a Comment