21 December 2012

Jangan Sedih bila....


share dari link sahabat fb ~Tinta Khalifah

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain..

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri..

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan..

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak boleh menghargai orang lain..

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri..

Jangan sedih orang selalu mengkritik anda..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri…

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali…

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman..

Jangan selalu salahkan orang lain atas apa yang berlaku..
Mungkin semua tu berlaku sebab diri kita sendiri juga..

Jangan sedih bila kita tak rasa bahagia..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah membahagiakan DIA..

No comments:

Post a Comment