31 December 2012

~ BAHULU MEKAR KUKUS ~

share link fb ~Resepi Bonda
~ BAHULU MEKAR KUKUS ~

(8-10 biji)

BAHAN2:

125g Tepung Gandum*
1 sk BP* (* ayak)
115g Gula Halus
1/2 sk penuh Ovalette
4 1/4 sb Susu Cair
1 biji Telur grade A
1/2 sk Esen Vanilla
1 sk Pes Coklat (atau 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)

CARA2:
1. Pukul kesemua bahan2, kecuali pes coklat, sehingga pekat.
2. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
3. Bubuh adunan berselang-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
4. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
5. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Herewith in English as requested:
INGREDIENTS:
125g Flour*
1 sk BP* (* sift)
115g Sugar
1/2 tsp Ovalette
4 1/4 tbs Milk
1 Grade A Egg
1/2 tsp Vanilla Essence
1 tsp Choc paste

METHOD:
1. Beat all ingredients, except choc paste, until thick.
2. Divide into two portions & color one with choc.
3. Spoon into paper cups alternately.
4. Steam 10-15 min above big fire.

SKASH SOY COLAGEN CLASSIC

RM35 (SM) / RM41 (SS)

Keistimewaan kolagen dan protein kacang soya 


Kolagen adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi untuk menjaga struktur dan kekuatan angota badan seperti kulit, sendi, ligament, tendon dan organ-organ lain. Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut. 



Protein kacang soya juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Proses menghasilkan serbuk soya menglibatkan pembuangan lemak, fiber dan karbohidrat dari biji kacang soya.Ini menjadikan minuman ini bebas kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan menstabilkan kadar metabolisme.Kolagen soya yang diperkaya dengan astaxantin  (sejenis pigmen merah yang didapati pada tumbuhan dan algae) mempunyai pelbagai manafaat tambahan seperti berikut;
  • Meningkatkan antibodi
  • Anti oksida (melindungi sel daripada pengoksidaan radikal bebas. Bertindak mencegah kanser)
  • Kurangkan risiko sakit jantung
  • Menambahkan daya ingatan
  • Menambahkan daya tahan dari serangan penyakit usus
  • Mengeluarkan sel tidak normal di hati
  • Melindungi mata dan kulit daripada tindakan UV A dan UV B.

Untuk memiliki kulit yang lebih muda, cerah dan sekata?

Soy Collagen Classic Skash adalah jawapannya. Minuman yang difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit anda.



Formula asli ini akan mengembalikan keanjalan kulit anda dalam masa 15 hari untuk melawan tanda-tanda penuaan dan kulit pramatang disamping secara perlahan-lahan memutihkan dan melembutkan kulit. Hasilnya kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. Minuman ini sesuai untuk wanita semua peringkat umur. Sangat sesuai untuk wanita yang mengandung. Produk ini mengandungi 2 ramuan utama:

Soya - Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memutihkan kulit dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kolagen - Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur pada organ yag berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut, dan sekata. Berpunca dari faktor-faktor seperti peningkatan usia proses-proses pengeluaran kolagen berkurangan dalam tubuh kita. Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut akan berkurangan dan menampilkan wajah yang sihat. Sekaligus menghalang proses pengeluaran kedut-kedut dan garis-garis halus yang baru.

Cara penggunaan :
Masukkan satu peket soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapatkan khasiat maksima soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein. 


Boleh lawat website http://www.alhaddadmarketing.com/produk.asp ataupun boleh rujuk saya melalui email sharmine205@yahoo.com  atau jasmin@uum.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut  

(packaging baru Soy Kolagen semakin cantik dan semakin mantop) alhamdulillah dah semakin ketara kulit muka saya menjadi putih bersih semula jadi tanpa kesan cela/parut yang lama pun makin lama makin pudar. Dan tak perlu mekap-mekap tebal cukup sekadar memakai bedak compact sahaja dah terserlah kulit asal/asli kita. 

TAMAR KOKO AL HADDAD


RM20 (SEM) / RM26 (SS)     -   Khasiat Kurma Dan Koko
Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi 
  • Koko apabila diampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • Kesan Antioksida adlah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids 
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • Koko melambatkan proses penuaan

:: Sejernih Hati - Yang Beriman ::

share dari link fb sahabat ~ Tinta Khalifah 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

:: Sejernih Hati - Yang Beriman ::
" Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) kerana yakin dengan jaminan dan janji Allah SWT. Bukan menafikan usaha, namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH SWT sentiasa bersamanya. Mempercayai jaminan Allah dan meyakini kebenaran janjiNya. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkanNYA. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan.

Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.
Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran.

Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.

Kala mengingat perhatian & pemeliharaanNya, hatinya bahagia.
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..

Kala mengingatNya, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…

Kala merindukanNya, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisiNya.

Ia sentiasa gelisah, khuatir imannya hilang. 
Kesedihan terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara di dunia. 
Ia tenggelam dalam rasa malu setelah menginsafi kebaikan dan kelembutanNya, keindahan tatapanNya, keutamaan balasanNya, dan kesempurnaan ciptaanNya.

Berkat keagungan dan kasih sayang Allah,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. 
Ia bahagia Kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepadaNya,
sehingga ia benar-benar mengabdi.."

Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. 
Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib. Maha Dekat, Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal, Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan, Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati, Maha Lembut kepada hambaNya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik dan Maha Penganugerah. AnugerahNya begitu luas, kebaikanNya begitu abadi dan keagunganNya begitu nyata.."
(Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

29 December 2012

Petikan dari ayat Quran surah Al-Baqarah: 285-256


share dari link fb ~Azrina Othman
Bismillahirrahmanirrahim

"Rasul itu mempercayai apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang yang beriman. Semuanya percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan utusan-utusan-Nya (mereka mengatakan) : kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara utusan-utusan Tuhan itu. Dan mereka mengatakan : Kami dengar dan kami turut. Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. 


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, Engkaulah Penolong kami, tolonglah kami atas orang kafir. " Al-Baqarah: 285-256

Abu Mas'ud al-Badri r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al- Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan). Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang. " HR: Bukhari & Muslim.

Ibn Abbas r.a bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi SAW, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:


" Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Bagarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi. " HR: Muslim.

Puding Roti Kukus

share dari link fb ~Resepi Bonda
Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

28 December 2012

Tinta Kalam Nasihat dari Al Quran Hadis dan Nukilan rasa




~ In love with ALLAH S.W.T ~



~ In love with ALLAH S.W.T ~

Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Bismillaa hitawakkalltua'allah …. 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….. 

Amat Bermanfaat Untuk Diri Ana Sendiri dan Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah yng dikasihi ALLAH…

Kita masih terdengar ada dikalangan umat Islam yang berani atau tergamak meneguk arak. Air kencing syaitan itu dilanggah semahu2nya tanpa rasa segan silu. Apakah mereka terlalu sombong terhadap ALLAH SWT atau hati mereka buta drpd merenung peringatanNya?

Hukumnya minum arak di antara dosa2 besar yang dilarang ALLAH SWT dan Nabi SAW. Arak digambarkan sebagai ar-rijs yakni drpd kekotoran perbuatan syaitan yang merosak dan memusnah. Para fuqaha pula sepakat bahawa barangsiapa yang mengingkari pengharamannya, maka ia jatuh kafir.

Apabila arak memasuki tubuh seseorg dan mengalir disegenap urat darahnya, maka akhirnya akan menutup akal dan jiwanya drpd melihat kebenaran. Akal warasnya tdk berfungsi lagi saat itu, sedangkan akal adalah milik (aset, harta, amanah) utama bg ssorg manusia yg membezakan dirinya drpd haiwan melata. Arak (khamar) bilamana diteguk, tertutuplah akal fikiran manusia serta hilanglah kewarasan dan pedomannya. Sedangkan diantara Misi kedatangan islam adalah utk memelihara akal manusia drpd kerosakan dan kesesatan.

Peminum arak (khamar) disifatkan pd permulaanya sebagai burung merak yang ujub membangga diri dan mulai tampak pd dirinya tanda2 kesesatan, kemudian berubah fasa dua menjadi sang kera yang cepat pergerakannya dan akhir sekali menjadi seperti babi yang berkumbang di dalam lumpur.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu minum khamar (arak ) kerana ia adalah pembuka segala kejahatan [ Riwayat Ibnu Majah ].

Apabila seseorg meneguk arak, maka ia mula terdedah dan terbuka kepada segala kejahatan kerana perbuatan itu merupakan kunci yang membuka pintu2 kejahatan dan kedosaan. Maka Islam mengambil sikap menutup segala pintu kejahatan demi kesejahteraan umatnya di dunia dan akhirat.

[ credit to: Amaluddin Mohd Napiah ]
 

27 December 2012

BAHAYA BUMBU MIE INSTAN


share dari link fb ~KHUSUS MUSLIMAH


BAHAYA BUMBU MIE INSTAN
--------------------------------------

Bagi penyuka MIE Instan. tolong diperhatikan :
HATI-HATI, Bumbu Mie Instan TIDAK BOLEH DIMASAK !!!

PERINGATAN BAGI KITA SEMUA BAHWA MIE INSTANT TIDAK BOLEH DIMASAK BERSAMAAN DENGAN BUMBUNYA, KARENA MSG (MONO SODIUM GLUTAMAT) BILA DIMASAK DI ATAS 120C AKAN BERPOTENSI MENJADI KARSINOGEN, PENCETUS KANKER.

PERHATIKAN SEMUA KEMASAN MIE INSTAN, KEBANYAKAN PROSEDURNYA MASAK MIE DULU BARU DITABURI BUMBU.
BUMBU DI TARUH DI MANGKOK DULU.
JADI JANGAN PERNAH MASAK MIE BESERTA BUMBUNYA!
BAHAYA !!!

Tolong dapat diteruskan ke orang2 yang suka makan MIE.
Dan dari hasil penelitian :
Mengkonsumsi mie instant 4 hari berturut-turut berpotensi kanker, mioma, kista atau amandel sebesar 75%.

Jika anda tidak percaya, cobalah ambil kuah / bumbu mie instant lalu taburkan ke atas pot yang berisi Bunga/ tumbuhan..
Beberapa hari kmdian tumbuhan trsb akan layu/ mati.
Berlaku dalam ukuran (1 : 1).

Sayangi keluarga anda...jauhi dr penyakit.
Masih banyak zat kimia yang tidak sengaja masuk di dalam tbh lwt mknn spt:
nasi non organik,bakso,tahu & tempe kedelai non organik,ayam potong dll

Untuk mengeluarkan semua racun tsbt minumlah minyak ikan salmon alaska, plak dialiran darah hilang dan anda akan sehat kembali, buktikan sendiri yaa...

Penting bagi wanita !!
Tidak disarankan makan bayam & tahu bersamaan, karna jika digabungkan akan membentuk senyawa yg bisa mengakibatkan terbentuknya batu / kista dalam tubuh.
(Hasil penelitian Prof. Dr. Asbudi,SPOG)

Jangan makan timun saat haid karna bisa menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim, setelah 5-10 hari dpt sebabkan KISTA & KANKER RAHIM.

Alangkah baiknya bila info ini disebarkan ke banyak wanita sebagai tanda kepedulian kita terhadap sesama.
Mencegah lebih baik dari pada mengobati.

24 December 2012

JANGAN BERSEDIH.. ALLAH BERSAMA MU..

share dari link fb ~Ramli Joned


RENUNGAN MALAM
JANGAN BERSEDIH.. ALLAH BERSAMA MU..


Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan CUBAAN DAN DUGAAN yang harus dihadapi, Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Hidup ini terus berlari!..
Tiada masa untuk berlengah!..
Tiada masa untuk berpatah!...

Mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
Salutkan bersama doa tulus suci,
Kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
Kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA - Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.


8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.



9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.


10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

23 December 2012

:: Hindari Prasangka ::


share dari link fb ~Tinta Khalifah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

:: Hindari Prasangka ::

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri kita terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan bertaubat. Nabi Muhammad SAW bersabda :-

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" 
(Riwayat At-Tirmidzi)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Kita sendiri tidak bebas darinya.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis maksudnya :

"Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" 

Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfarlah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" 
(At-Tabrani: Dhaif )

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya.

Allah SWT mengingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:-

'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (al-Hujurat; 12)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

"Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" 
(Tafsir Ar-Razi)

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baiknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sahih berikut :-

`Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya bercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah"

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata;

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad)" 

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

"Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" 
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Sahih Muslim)

Sahabatfillahku,

Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. "(An-Nur: 12)

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya...

✽Suka Duka Silih Berganti✽



✽Suka Duka Silih Berganti✽

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan..

Namun yang tidak kita duga seringkali berlaku tiba-tiba..

Karena demikianlah irama kehidupan..

Suka duka silih berganti menyapa..

Agar kita selalu ingat pada Allah Yang Maha Kuasa..

Belajarlah tersenyum ketika terluka...

Walau sungguh menyesakkan dada..

Belajarlah memaafkan ketika sakit menusuk perih..

Walau sungguh amatlah pedih..

Sayangilah mereka yang pernah menyakiti hati..

Karena dari merekalah kita belajar banyak hal yang berarti..

Biarlah tangisan luruh semalam karena sakit yang mendera..

Namun tak usah tertawa berkepanjangan manakala kegembiraan menyapa karena takkan berlaku selama-lamanya..

Ayam Panggang Temasek


share dari link fb ~Buku Resepi
 
Hidangan Ayam Panggang Temasek bersama sambal belacan tomato dan taugeh urap......Resepi baru. Bon Appetit
Oleh: Joha Hassan

Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
1.5 inch halia
1.5 inch lengkuas
1.5 inch kunyit sagar
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 helai daun limau perut
1/2 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)
4 biji buah keras
Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
2 batang serai di titik saja
400ml santan cair
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.

Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.
Sajikan dengan sambal belacan, dan urap taugeh. 

(Urap Ringkas) lebihan rempah ayam temasek di gaulkan bersama kelapa goreng dan daun limau perut, garam dan gula.

Selamat mencuba! :)