30 November 2014

Tausiyah Ummu Salim Al Haddar (isteri habib Umar bin Hafidz) di Pantai Dalam 5 Safar 1436H (27/11/2014)

share dari link fb ~Cahaya Kesaksian

Tausiyah Ummu Salim Al Haddar (isteri habib Umar bin Hafidz) di Pantai Dalam 
5 Safar 1436H (27/11/2014)

-Bismillah.. Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad wa Ala Alihi wa Sohbihi wassalim...

-"Orang yang paling dekat dengan ku di hari akhirat adala orang yang banyak berselawat kepada ku" 

-paling minima bg seorang muslim adalah sebanyak 600x jangan lupa menyebut sahabat  

-Sayyidah Fatimah bt Muhammad SAW , pada hari jumaat beliau bermunajat kepada Allah sehingga org lain tidak tahu di mana kah beliau. 

-para2 solihin menunda doa
mereka dan tangguh kan doa mereka tunggu sehingga pada malam jumaat untuk berdoa  

-barang siapa yang mengagung apa yg di agungkan oleh Allah , maka Allah memandangnya dengan penuh kasih sayang. 

-Jika kita nak naik kan darjat pada pangkat ehsan , perbanyak kan bertaubat, mendalami iman pada Allah , setiap org mukmin kene sentiasa memperbaharui iman mereka dgn kalimah lailahaillah Muhammad Rasulullah..bagi yg ingin mendapat jalan redha dengan melalui jalan Rasulullah SAW.. 

-khusus di malam jumaat dan hari jumaat memperbanyak kn selawat , bersabda Rasulullah SAW Sesiapa yang terdekat dengan ku adalah org yg berselawat pada ku" 

-mengikuti perilaku beliau, membuat amal perbuatan sunnah, melakukan apa yg di laku kan oleh Rasulullah SAW, dengan solat sebelum dan selepas, melakukan solat sunat rawwatib, kesunnahan di ddalam wuduk, cara masuk bilik air, cara tidur beliau dan contohi beliau.. 

-Barangsiapa yg memakan benda yang haram, maka sejurus dia sudah bermaksiat kepada Allah sama ada rela atau pun tidak. 

-Ambil yang tenang dan tinggalkan yang ragu2.. ikut lah yg wara' 

-IBU2 kita adalah para2 isteri Rasulullah SAW , semasa Rasulullah SAW melakukan umrah bersama isteri2 beliau, semasa di dalam ihram, Rasulullah SAW memerintah kan kpada isteri2 beliau suruh menutup mukanya, apabila tiada lelaki.. baru lah mereka membukanya, jika ada lelaki maka mereka akan menutupnya kembali. 

-jika setiap manusia apabila ada 'takwa' di dalam hati , maka ! orang tersebut akan meremehkan dunia .

-Dakwah yg paling baik ialah dgn amal perbuatan

-Siti Fatimah mencontohi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW;baik dlm lisan mahupun amal perbuatan.

-Barangsiapa yg m'agung2kan keagungan ALLAH SWT, ALLAH akan anugerahkannya segala kebaikan

-ALLAH SWT melihat hati kita. TAQWA adalah dlm hati kita, 
RASULULLAH SAW menyebutnya 3x dgn meletakkan tangan baginda di atas dada baginda SAW 

-Sentiasa bersihkan hati kita, salah satu caranya hendaklah seorang Muslim sentiasa 'refresh' ucap 2 kalimah syahadah, memahami mendalami maksud 2 kalimah syahadah boleh mencegah kita drpd maksiat.

-Org yg akan bersama RASULULLAH adalah org yg byk berselawat & mengamalkan sunnah baginda SAW e.g selain dr mengamalkan yg fardu, istiqomah amalkan yg sunnat cth solat rawatib, cara amik wudhu ikut sunnah, amalkan doa bg setiap perkara/pergerakab, tido ikut sunnah dn sbagainya...

-Mencari ilmu adalah wajib bg setiap Muslim, amalkan & sampaikan sebarkan. Ini akan dpt keredhoan ALLAH & mengembirakan akan RASULULLAH

-Dirikan solat di awal waktu dgn khusyuk. Hendaklah kita memahami apakah itu solat

-Sebelum mengamalkan sesuatu, hendaklah kami mengkaji mendalami memahami sbg persiapan cth sblm kita pergi haji sblm Ramadhon etc, ALLAH menghujani rahmat kpd hambaNya spjg tahun, kita perlu siapkan diri kita utk menempatkan rahmat itu. 

-PENTING utk kita tahu tarikh ikut calendar Islam utk kita peka terhadap bulan2 ttu yg diagungkan ALLAH SWT

-Akhir zaman hendaklah kita berusaha menjaga makan minum yg betul2 halal lagi baik. Tinggalkan ready food, sediakan masakan sendiri & biasakan diri dgn berzikir berselawat sambil masak/sediakan makan minum

-Selawat yg sempurna yg berkat adalah selawat dgn adanya 'Al' Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wassalim

-Barangsiapa yg hidup dgn 1 kebiasaan akan mati dgn 1 kebiasaan itu; Barangsiapa yg mati dgn 1 kebiasaan akan dibangkitkan dgn kebiasaan itu. 

-Dunia adalah jalan menuju ke akhirat; KUBUR adalah RUMAH TERAKHIR kita di dunia RUMAH PERTAMA kita di akhirat...

*Perkongsian dari catatan Sahabat
(moga Allah ganjarkan dengan sebaik2 ganjaran)
*sebarang kesilapan menyalin, tolong betulkan semula insya'Allah..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment