24 November 2014

Ini dunia hanya singgah untuk kamu melintasi ke akhirat sahaja.Dengan hartanya,kerjanya,keluarganya semuanya hanya R&R .

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :

"Jadilah kamu didunia ini seumpama kamu orang asing atau orang yang sedang melintasi tempat persinggahan " .

Ini dunia yang ada penuh dengan pelbagai macam yang menarik perhatian kita,orang kalau hari raya balik kampung yang singgah di R&R itu,adakah dia akan duduk disitu,tidur disitu?pasang khemah disitu? .

Ini dunia hanya singgah untuk kamu melintasi ke akhirat sahaja.Dengan hartanya,kerjanya,keluarganya semuanya hanya R&R .

Orang kalau bermusafir berbeza dengan orang yang mahu berpindah,orang yang bermusafir dia akan bawak bekal secukupnya,dia takkan bawak bekal berat-berat,seboleh mungkin nak diringankan .

Seperti itulah kita didunia ini,yang mana ianya hanya tempat persinggahan/musafir untuk kita untuk menuju ke akhirat.

-Wallahu 'Alam-
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment