31 March 2013

Kunyit Dalam Perubatan Melayu


share dari link fb~ ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Kunyit Dalam Perubatan Melayu

1. Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telah pun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu.

2. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar, kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh, temu emas, temu putih, temu hitam dan temu lawas atau temu lawak.

3. Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya.

4. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Antaranya:

a. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati.

b. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah.

c. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

d. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.

Syukuri Apa Yang Ada



Syukuri Apa Yang Ada

Yang tinggal di gunung merindukan pantai.
Yang tinggal di pantai merindukan gunung.

Di musim kemarau merindukan musim hujan.
Di musim hujan merindukan musim kemarau.

Yang berambut hitam mengagumi yang pirang.
Yang berambut pirang mengagumi yang hitam.

Diam di rumah merindukan bepergian.
Setelah bepergian merindukan rumah.

Ketika masih jadi karyawan ingin jadi direktur
Begitu jadi direktur ingin jadi karyawan, biar gak pusing..

Waktu tenang mencari keramaian.
Waktu ramai mencari ketenangan.

Saat belum menikah pengen cepat menikah dan punya keluarga sendiri..
Begitu sudah menikah malah merasa jenuh dan berpikir tentang perceraian..

Ingin istri cantik/suami cakep..
setelah mendapatkannya malah merasa ingin yang biasa-biasa saja.. dan bahkan berselingkuh..

Punya anak satu mendambakan banyak anak.
Setelah punya banyak anak mendambakan satu anak saja.

Kita tidak pernah bahagia, sebab segala sesuatu tampak indah hanya sebelum dimiliki.
Namun setelah dimiliki tak indah lagi.
Kapankah kebahagiaan akan didapatkan kalau kita hanya selalu memikirkan apa yang belum ada,
namun mengabaikan apa yang sudah dimiliki tanpa rasa syukur?

Semoga kita menjadi pribadi yang selalu bersyukur.. yang senantiasa bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki.

Bagaimana mungkin selembar daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini?
Jangankan bumi, menutupi telapak tangan saja sulit.
Namun bila daun kecil ini menempel di mata kita, maka tertutuplah bumi!

Begitu juga bila hati ditutupi pikiran buruk sekecil apapun maka kita akan melihat keburukan di mana-mana.
Bumi ini pun akan tampak buruk.

Jangan menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun kecil. Jangan menutupi hati kita, walaupun hanya dengan sebuah pikiran buruk/negatif..!
Bila hati kita tertutup, tertutuplah semua..

Syukuri apa yang ada, karena hidup adalah anugerah bagi jiwa-jiwa hebat
 

30 March 2013

~* AMAL KEBAIKAN ~*



~* AMAL KEBAIKAN ~*

♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memancarkan CAHAYA di dalam HATI kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan SINAR pada WAJAH kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan KEKUATAN kepada TUBUH kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan KELIMPAHAN di dalam REZEKI kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan menumbuhkan RASA CINTA di hati MANUSIA kepada kita.

♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENGGELAPKAN hati kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENYURAMKAN wajah kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MELEMAHKAN badan kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENGURANGI rezeki kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENIMBULKAN rasa benci di hati manusia kepada kita.
( Ibnu Abbas Tafsir Ibnu Katsir ).

♥ Dengan TERANG dan BERSINAR nya HATI.
♥ Maka lahirlah KEBAIKAN.
♥ Dengan SURAM dan GELAP nya HATI.
♥ Maka lahirlah KEJAHATAN.
♥ Apabila manusia telah mengenal HATI NYA.
♥ Maka dia akan mengenal DIRI NYA.
♥ Apabila manusia telah mengenal HATI NYA.
♥ Maka dia akan mengenal TUHAN NYA.
( Imam Al-Ghazali ).
 

10 wasiat Imam Syafie



10 wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. - Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Iaitu: Mengqadhakan (menggantikan) kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR - Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR - Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) - Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) - Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) - Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) - Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW - Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT - Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .
 

29 March 2013

REDHA ALLAH GANJARAN SYURGA, REDHA MANUSIA?

share dari link fb ~Harlina Binti Ahya Ulumuddin


REDHA ALLAH GANJARAN SYURGA, REDHA MANUSIA?

Suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."(Hadith Sahih Riwayat At-Tirmizi).

Manakah yang lebih baik? Redha manusia atau redha Allah ?

Apa yang diperolehi kalau hilang redha Allah? dan
apa yang hilang kalau kita dapat redha Allah?

KUIH PUTERI AYU ~ ( 30 BIJI )


share dari link fb ~Buku Resepi


KUIH PUTERI AYU ~ ( 30 BIJI )
Oleh:Ibu Ammar
Bahan-bahan:

1 1/2 caw tepung gandum + 1 s/k baking powder ( ayak )
1 caw gula
2 biji telur
3/4 cawan santan
1 s/k ovelet
sedikit pewarna hijau

- Inti Kelapa :

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
sedikit garam
2 s/k tepung jagung @ tepung ubi

- Cara-cara :

1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.

2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.

3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.

5. Untuk Inti kelapa - satukan semua bahan, gaul sehingga rata.

6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan.

7. Kukus selama 5 minit.

8. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan.
 

Bacaan Doa Apabila Bersin


Tenggiri Bakar Sempoi

share dari link fb ~Buku Resepi


Tenggiri Bakar Sempoi 
Oleh: Syarifah Zatyl Ismah Mohammad

500g tenggiri (anggaran dlm 5 keping tenggiri yg telah dipotong)
4 ulas bwg putih
3 biji bwg merah
1 biji bwg besar
seulas halia
sebatang serai
1 sudu mkn serbuk kari
1 sudu mkn asam jawa extra adabi
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu mkn serbuk kunyit
1 tangkai daun kesum
2 helai daun kunyit
garam secukup rasa

cara-cara:

gaulkan asam jawa, serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari dan garam bersama ikan yang telah dibersihkan.perap selama 30 minit.lagi lama,lagi sedap.
hiriskan bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia,serai,daun kunyit dan daun kesum.gaulkan bersama ikan yang telah diperap lalu dibungkus dengan daun pisang.(blh jugak bungkus dgn aluminium foil kalau xde daun pisang).kemudia,bakar sehingga masak.(bakar dalam ketuhar atau periuk pembakar).
selamat mencuba! :)

Masak lemak cili api ketam + nenas

share dari link fb ~Buku Resepi


Masak lemak cili api ketam + nenas
Oleh:Naimah Md Ludin

3-5 ekor ketam (dicuci bersih dan di potong 2 bahagian)
1 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis
*1 labu bawang besar
*3 inci kunyit hidup
*1/2 cawan santan cair
* 5-10 tangkai cili padi (kalau xsuka pedas kurangkan)
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
garam

cara:
1)bland bahan bertanda * dan masukkan bersama ketam, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.tutup periuk dan masak sampai mendidih.
2)bila mendidih masukkan nenas,pati santan dan daun kunyit. perasakan garam.
3)gaul sebati semua bahan dan masak dengan api kecil sampai mendidih.kena kerap kacau2 kuah supaya santan xpecah minyak..padamkan api.sedia hidang.

Selamat mencuba! :)
 

RESEPI KETAM MASAK KARI


share dari link fb ~Buku Resepi

RESEPI KETAM MASAK KARI 
Bahan2;
Ketam 4ekor yg besar yer.(dipotong bersih)
2sudu besar cili lumat
10 ulas bwg kecil/ 4labu bwg besar*
2in halia*
5ulas bwg putih *(* blender)
Rempah kari daging 4 sudu besar
2cawan santan/2 cawan susu cair
1labu bwg besar potong 4
3biji cili besar potong memanjang
3biji ubi kentang potong 4
Cara memasak
Tumis 3sudu minyak masak bersama cengkih buah pelaga kulit kayu manis. tumis bahan blender.hingga naik bau
masukkan cili lumat dan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. masak hingga pecah minyak .
masukkan ketam yg dipotong bersih masukkan ubi kentang.tambah sedikit air supaya jgn hangus. masukkan santan atau susu cair. perlahan kan api masak mendidih .
Bila dah pecah minyak masukkan bwg potong dan cili potong . jgn lupa garam dan gula yer.
Kari ketam agak pekat yer..jika cair tak enak dimakan.
Selamat mencuba

Jauhi Fitnah


Jauhi Fitnah

Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.

darimataazyma.blogspot.com

9 kemuliaan diberi Allah kepada orang yang menjaga solat lima waktu.


share dari link fb ~Cintailah Pencipta Kita


9 kemuliaan diberi Allah kepada orang yang menjaga solat lima waktu. Usman r.a telah berkata yang bermaksud siapa yang memelihara solat lima waktu dengan menunaikannya terus menerus tepat pada waktunya, maka Allah SWT menganugerahi kepadanya sebanyak 9 kemuliaan..

1] Allah cinta kepadanya

2] Tubuhnya menjadi sihat

3] Ia dijaga oleh malaikat

4] Turun keberkatan dirumahnya

5] Timbul diwajahnya tanda orang soleh

6] Allah melembutkan hatinya

7] Dia akan melalui titian 'siratul mustaqim' sepantas kilat

8] Allah akan menyelamatkannya dari api neraka

9] Allah menempatkannya disisi para walinya yang tidak pernah berasa takut dan sedih..

~pearl~

28 March 2013

Para salafussoleh sentiasa menyebutkan tentang ulama dengan sifat-sifat dan sebutan yang baik dan indah

share dari link fb ~ Ismi Eila


Para salafussoleh sentiasa menyebutkan tentang ulama dengan sifat-sifat dan sebutan yang baik dan indah. Bahkan mereka sentiasa berhati-hati daripada memburuk dan mengeji mereka.

Menurut Ibn Mubarak: "Orang yang merendahkan ulama akan hilang akhiratnya, orang yang merendahkan para pemimpin adil akan hilang dunianya dan orang merendahkan para saudara akan hilang maruahnya”.

Menurut Ibn Asakir: "Sesungguhnya daging para ulama beracun dan sunnah Allah dalam mengkritik mereka telah dimaklumi."

Menurut Imam Ahmad pula: "Daging para ulama beracun, siapa yang menghidunya sakit dan siapa yang memakannya mati."

Kata Imam Ahmad juga: "Siapa yang lidahnya menutur perkara negative tentang ulama, Allah akan memberi bala sebelum matinya iaitu dengan mematikan hati"

Virgin Coconut Oil ( Minyak kelapa dara )


share dari link fb ~Halagel Miri Sarawak

Virgin Coconut Oil ( Minyak kelapa dara )

√ Minyak yg paling berkhasiat

√ Dihasilkan daripada 100% kelapa organik tulen tanpa kolesterol.

√ Penggunaan Minyak Kelapa Dara semakin meluas dlm penjagaan kesihatan badan & dlm merawat pelbagai jenis penyakit.

√ Mudah diserap oleh badan & ditukarkan kpd tenaga utk kegunaan bdn.

Di mana tanggungjawab kita sebagai saudara seagama yakni ISLAM....terhadap anak2 Syria dan warga Syria yg ditindas oleh pemimpin mereka sendiri yg berfahaman syiah dengan membunuh ahlulsunnah waljamaah

Kakak...tolong aku, aku kehilangan abii dan ummiku..
kata mereka...mereka mau bertemu Allah..

Kakak...tolong aku, tempat bermainku sekarang sudah hancur semua, ayunanku...boneka2ku...bola2ku..semua hilang entah kemana...

kakak...kenapa ada banyak darah disini ... kenapa kaki, tangan, kepala dan isi2 perut teman2ku..semua terberai berai ??

kakak...suara apa itu, seperti suara petir diwaktu hujan turun..
dentumannya memantul kesegala arah..

kakak...aku takut, aku kedinginan..aku lapar...
ummii kenapa tidak pulang2 ya ..?? abi juga, kenapa abi diam saja kak ?? kenapa abi tidak mau berbicara ...

kakak... kalian semua ada dimana ??? KENAPA TIDAK MENJEMPUTKU ???

abiii.....abiii aku takut...mereka datang lagii...
mereka itu siapa abii..kenapa ummi di bawa pergi...

abiii..kenapa gak ada yang menjawab pertanyaanku ??

kakak2 yang disni..disana..yang disitu juga,, kenapa seluruh dunia mereka hanya diam saja abii...

kakak...T O L O N G aku...aku gak mau mereka memisahkan kaki dan tanganku juga, seperti mereka teman2ku...

kakak..lakukanlah sesuatu untukku di syria ini...

(Biadab kalian yang membunuh anak2 yang gak berdosa ini )
 

PROFIL GURU MULIA AL-HABIB ALI BIN ABDURRAHMAN AL-JUFRI

share dari link fb ~Para Pecinta Habaib dan Ulama


PROFIL GURU MULIA AL-HABIB ALI BIN ABDURRAHMAN AL-JUFRI

Penampilan fisiknya mengagumkan: tampan, berkulit putih, tinggi, besar, berjenggot tebal dan rapi tanpa kumis. Wajar jika kehadirannya di suatu majelis selalu menonjol dan menyita perhatian orang.

Tetapi kelebihannya bukan hanya itu. Kalau sudah berbicara di forum, orang akan terkagum-kagum lagi dengan kelebihan-kelebihannya yang lain. Into
nasi suaranya membuat orang tak ingin berhenti mengikuti pembicaraannya. Pada saat tertentu, suara dan ungkapan-ungkapannya menyejukkan hati pendengarnya. Tapi pada saat yang lain, suaranya meninggi, menggelegar, bergetar, membuat mereka tertunduk, lalu mengoreksi diri sendiri.

Namun jangan dikira kelebihannya hanya pada penampilan fisik dan kemampuan bicara. Materi yang dibawakannya bukan bahan biasa yang hanya mengandalkan retorika, melainkan penuh dengan pemahaman-pemahaman baru, sarat dengan informasi penting, dan ditopang argumentasi-argumentasi yang kukuh.

Wajar, karena ia memang memiliki penguasaan ilmu agama yang mendalam dalam berbagai cabang keilmuan, ditambah pengetahuannya yang tak kalah luas dalam ilmu-ilmu modern, juga kemampuannya menyentuh hati orang, membuat para pendengarnya bukan hanya memperoleh tambahan ilmu dan wawasan, melainkan juga mendapatkan semangat dan tekad yang baru untuk mengoreksi diri dan melakukan perubahan.

Itulah sebagian gambaran al-Habib Ali bin Abdurrahman al-Jufri, sosok ulama dan dai muda yang nama dan kiprahnya sangat dikenal di berbagai negeri muslim, bahkan juga di dunia Barat. Ia memang sosok yang istimewa. Pribadinya memancarkan daya tarik yang kuat. Siapa yang duduk dengannya sebentar saja akan tertarik hatinya dan terkesan dengan keadaannya. Bukan hanya kalangan awam, para ulama pun mencintainya. Siapa sesungguhnya tokoh ini dan dari mana ia berasal?


Kelahiran dan Nasab Al-Habib Ali Al-Jufri

Al-Habib Ali al-Jufri lahir di kota Jeddah, Arab Saudi, menjelang Fajar, pada hari Jum’at 16 April 1971 (20 Shafar 1391 H). Ayahnya adalah al-Habib Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Alwi al-Jufri, sedangkan ibundanya Syarifah Marumah binti Hasan bin Alwi binti Hasan bin Alwi bin Ali al-Jufri.

Di masa kecil, ia mulai menimba ilmu kepada bibi dari ibundanya, seorang alimah dan arifah billah, Hababah Shafiyah binti Alwi bin Hasan al-Jufri. Wanita shalihah ini memberikan pengaruh yang sangat besar dalam mengarahkannya ke jalur ilmu dan perjalanan menuju Allah.


Pendidikan dan Guru-guru Al-Habib Ali Al-Jufri

Setelah itu ia tak henti-hentinya menimba ilmu dari para tokoh besar. Al-Quthb al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf adalah salah seorang guru utamanya. Kepadanya ia membaca dan mendengarkan pembacaan kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tajrid al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, dan kitab-kitab penting lainnya. Cukup lama al-Habib Ali belajar kepadanya, sejak usia 10 tahun hingga berusia 21 tahun.

Ia juga berguru kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad, ulama terkemuka dan penulis karya-karya terkenal. Diantara kitab yang dibacanya kepadanya adalah Idhah Asrar `Ulum al-Muqarrabin.

Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki juga salah seorang gurunya. Kepadanya ia mempelajari kitab-kitab musthalah hadits, ushul, dan sirah. Sedangkan kepada al-Habib Hamid bin Alwi bin Thahir al-Haddad, ia membaca al-Mukhtashar al-Lathif dan Bidayah al-Hidayah.

Ia pun selama lebih dari empat tahun menimba ilmu kepada al-Habib Abu Bakar al-`Adni bin Ali al-Masyhur, dengan membaca dan mendengarkan kitab Sunan Ibnu Majah, ar-Risalah al-Jami`ah, Bidayah al-Hidayah, al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Tafsir al-Jalalain, Tanwir al-Aghlas, Lathaif al-Isyarat, Tafsir Ayat al-Ahkam, dan Tafsir al-Baghawi.

Pada tahun 1412 H (1991 M) al-Habib Ali mengikuti kuliah di Fakultas Dirasat Islamiyyah Universitas Shan`a, Yaman, hingga tahun 1414 H (1993 M). Kemudian ia menetap di Tarim, Hadhramaut. Di sini ia belajar dan juga mendampingi al-Habib Umar bin Hafidz sejak tahun 1993 hingga 2003. Kepadanya, al-Habib Ali membaca dan menghadiri pembacaan kitab-kitab Shahih al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, Adab Suluk al-Murid, Risalah al-Mu`awanah, Minhaj al-`Abidin, al-`Iqd an-Nabawi, ar-Risalah al-Qusyairiyyah, al-Hikam, dan sebagainya.

Selain kepada mereka, ia pun menimba ilmu kepada para tokoh ulama lainnya, seperti asy-Syaikh Umar bin Husain al-Khathib, asy-Syaikh as-Sayyid Mutawalli asy-Sya`rawi, asy-Syaikh Ismail bin Shadiq al-Adawi di al-Jami` al-Husaini dan di al-Azhar asy-Syarif, Mesir, juga asy-Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim. Disamping itu, al-Habib Ali juga mengambil ijazah dari 300-an orang syaikh dalam berbagai cabang ilmu.


Dakwah Al-Habib Ali Al-Jufriy

Berbekal berbagai ilmu yang diperolehnya, ditambah pengalaman berkat tempaan para gurunya, ia pun mulai menjalankan misi dakwahnya. Aktivitas dakwahnya dimulai pada tahun 1412 H/1991 di kota-kota dan desa-desa di negeri Yaman. Ia kemudian berkelana dari satu negeri ke negeri lain. Perjalanannya ke mancanegara dimulai pada tahun 1414 H/1993 dan terus berlangsung hingga kini.

Berbagai kawasan negara dikunjunginya. Misalnya negara-negara Arab, yakni Uni Emirat Arab, Yordania, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lebanon, Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Jibouti.

Negara-negara non-Arab di Asia, diantaranya Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh, Sri Lanka. Di Afrika, diantaranya ia mengunjungi Kenya dan Tanzania. Sedangkan di Eropa, dakwahnya telah merambah Inggris, Jerman, Prancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia Herzegovina, dan Turki.

Ia pun setidaknya telah empat kali mengadakan perjalanan dakwah ke Amerika Serikat; pertama tahun 1998, kedua tahun 2001, ketiga tahun 2002, dan keempat tahun 2008. Disamping juga mengunjungi Kanada

Perjalanan dakwahnya ke berbagai negeri membawa kesan tersendiri di hati para jama’ah yang mendengarkan penjelasan dan pesan-pesannya. Di Jerman, ia membuat jama’ah masjid sebanyak tiga lantai menangis tersedu-sedu mendengar taushiyahnya. Orang-orang yang tinggal di Barat, yang cenderung keras hatinya, ternyata bisa lunak di tangan al-Habib Ali.

Di Amerika ada yang merasa bahwa memandang dan berkumpul bersama al-Habib Ali al-Jufri selama satu malam cukup untuk memberinya tenaga dan semangat untuk beribadah selama tiga bulan. Di Inggris ia terlibat pelaksanaan Maulid Nabi di stadion Wembley. Di Denmark ia mengadakan jumpa pers dengan kalangan media massa.

Di Darul Musthafa, Tarim, Hadhramaut setiap tahun, bulan Rajab-Sya`ban, ia menjadi pembicara rutin Daurah Internasional. Ia pun merangkul para dai muda di Timur Tengah, serta membimbing dan memberikan petunjuk kepada para pemuda yang berbakat. Ia suka duduk bersama para pemuda dan mengadakan dialog terbuka secara bebas.

Dalam berdakwah, ia aktif menjalin hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat. Ia memasuki kalangan yang paling bawah, seperti suku-suku di Afrika, hingga kalangan paling atas, seperti keluarga keamiran Abu Dhabi. Ia berhubungan dengan kalangan awam hingga kalangan yang paling alim, seperti asy-Syaikh Muhammad Said Ramadhan al-Buthi (mufti de facto negeri Syria), asy-Syaikh Ali Jum`ah (mufti Mesir), dan ulama-ulama besar lainnya.

Banyak sekali bintang film, artis dan aktris, para seniman, di Mesir yang bertaubat di tangannya. Artis yang sebelumnya “terbuka” jadi berhijab, yang dulunya aktor jadi berdakwah.

Kini ia pun secara rutin tampil di televisi. Penyampaian dakwahnya menyentuh akal dan hati. Cara dakwahnya yang sejuk dan simpatik, pandangan-pandangannya yang cerdas dan tajam, pembawaannya yang menarik hati, membuatnya semakin berpengaruh dari waktu ke waktu.

Kemunculan al-Habib Ali di dunia dakwah membawa angin segar bagi kaum muslimin, terutama kalangan Sunni. Cara dakwahnya berbeda dengan dakwah kalangan yang cenderung keras, kasar, dan kering dari nilai-nilai ruhani, serta cenderung menyerang orang lain, dan banyak menekankan pada model konflik ketimbang harmoni dengan kalangan non-muslim. Bahkan mereka memandang masyarakat muslim sekarang sebagai reinkarnasi dari masyarakat Jahiliyah.


Tragedi Kartun Nabi

Beberapa waktu lalu koran Denmark kembali menampilkan kartun Nabi. Berbeda dengan reaksi sebagian kalangan muslim yang penuh amarah dan tindak kekerasan di dalam menanggapinya, al-Habib Ali al-Jufri dengan kesejukan hatinya serta ketajaman pandangan, pikiran, akal, dan mata batinnya telah melakukan serangkaian langkah yang bervisi jauh ke depan. Ia berharap, langkah-langkahnya akan berdampak positif bagi kaum muslimin, terutama yang tinggal di negara-negara Barat, serta akan menguntungkan dakwah Islam di masa kini dan akan datang.

Bukannya melihat kasus ini sebagai ancaman dan bahaya terhadap Islam dan muslimin, al-Habib Ali justru secara cerdas melihat hal ini sebagai peluang dakwah yang besar untuk masuk ke negeri Eropa secara terbuka, untuk menjelaskan secara bebas tentang Rasulullah Saw. dan berdialog dengan penduduk serta kalangan pers di sana tentang agama ini dan tentang fenomena muslimin. Singkatnya, ia justru melihat ini sebagai peluang dakwah yang besar.

Tentu saja cara pandang al-Habib Ali juga disebabkan pemahamannya yang sangat dalam tentang karakter masyarakat Barat. Salah satu karakter terbesar mereka adalah mempunyai rasa ingin tahu yang besar, berpikir rasional, dan memiliki sikap siap mendengarkan. Karakter-karakter umum ini, ditambah sorotan perhatian kepada Rasulullah Saw., merupakan peluang besar untuk memberikan penjelasan. Mereka ingin tahu tentang Nabi Saw., berarti mereka dalam kondisi siap mendengarkan. Mereka rasional, berarti siap untuk mendapatkan penjelasan yang logis.

Apabila kita bisa menjelaskan tentang Nabi Saw. dan agama ini kepada mereka dengan cara yang menyentuh akal dan hati mereka, maka kita justru akan bisa mengubah mereka. Dari yang anti menjadi netral, yang netral menjadi pro, yang pro menjadi muslim, yang antipati menjadi simpati, yang keras menjadi lembut, yang marah menjadi dingin, yang acu menjadi penasaran. Sekaligus pula mencegah simpatisan menjadi oposan, pro menjadi anti dan seterusnya.

Karena karakter masyarakat Barat yang terbuka, toleran, lebih bisa menerima keanekaragaman budaya, maka peluang dakwah terbuka bebas. Inilah ranah ideal untuk dakwah Islamiyah. Tentu saja ini bagi para da`i yang berfikiran terbuka, berakal lurus dan tajam, cerdas memahami situasi kondisi, dan memiliki dada yang cukup lapang dalam menerima tanggapan negatif, serta giat melakukan pendekatan yang konstruktif dan positif, serta memiliki akhlak yang mulia. Di sinilah al-Habib Ali al-Jufri masuk dengan dakwahnya yang dialogis.


Terjalinnya Silaturahim dan Bersatu dalam Mahabbah

Tentu saja untuk berani melakukan dialog dengan pers Barat dibutuhkan kecerdasan dan keluasan berpikir serta pemahaman atas pola berpikir masyarakat Barat. Al-Habib Ali dan para dai ini, selain sangat memahami masyarakat Barat, juga memiliki tim khusus yang melakukan penelitian-penelitian secara ilmiah dan mendetail tentang subyek apapun yang dibutuhkan.

Ketika melihat berbagai reaksi yang ada atas kasus kartun Nabi, al-Habib Ali menemukan satu benang merah: “Semua kelompok dalam masyarakat Islam marah”. Kemarahan yang mencerminkan masih adanya sisa-sisa mahabbah kepada Nabi Saw. ini bersifat lintas madzhab, lintas thariqah, lintas jama’ah, bahkan lintas aqidah.

Al-Habib Ali melihat ini sebagai peluang pula untuk menyatukan visi kaum muslimin dan menyatukan barisan mereka. Kalau kaum muslimin tak bisa bersatu dalam madzhab, thariqah, bahkan aqidah, mereka ternyata bisa disatukan dalam mahabbah dan pembelaan terhadap Nabi Saw.

Langkah al-Habib Ali tidak berhenti di sini. Ia membentuk sekelompok dai yang dikenal dengan akhlaqnya, keterbukaan pikiran dan keluasan dadanya, serta kesiapannya untuk melakukan dialog secara intensif dan bebas dengan masyarakat Barat. Kemudian ia bersama kelompok dai ini mengadakan safari intensif keliling Eropa bertemu dengan kalangan pers dan berbagai kalangan lainnya untuk memberikan penjelasan.

Al-Habib Ali dan para dai tersebut mengambil momen ini untuk memupuk cinta muslimin kepada Rasulullah Saw., untuk menghidupkan lagi tradisi-tradisi yang lama mati, dan untuk mengajak muslim berakhlaq mulia sebagaimana akhlaq Nabinya, sambil mengingatkan kaum muslimin yang berdemo agar menjaga adab dan akhlaq Nabi Saw.

Ia juga menyeru kepada kaum muslimin untuk memanfaatkan momen ini dengan menghadiahkan buku-buku tentang Nabi Muhammad Saw. kepada para tetangga dan kawan-kawan mereka yang non-muslim, serta untuk membuka topik untuk menjelaskan kepada mereka tentang Rasulullah dan kedudukan beliau di lubuk hati kaum muslimin.

Bukan hanya itu. Ia pun memanfaatkan momen ini untuk menyatukan dai-dai sedunia dalam satu shaf dan mempelopori berdirinya organisasi dai sedunia. Yang menarik, dalam semua tindakan dan langkahnya ini, ia senantiasa menggandeng, berkoordinasi, dan bermusyawarah serta melibatkan para ulama besar dunia, seperti asy-Syaikh Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buthi, asy-Syaikh Ali Jum`ah (mufti Mesir), dan ulama-ulama besar lainnya. Sehingga gerakan ini menjadi gerakan kolektif, milik bersama, bukan milik al-Habib Ali saja.

Sebagai salah satu dampak dari gerakan ini adalah terjalinnya silaturahim dan tersambungnya komunikasi yang sebelumnya terputus atau kurang intensif di antara para ulama dan dai muslimin karena mereka menjadi giat berkomunikasi lintas madzhab, pemikiran, kecenderungan pribadi, bahkan lintas aqidah.

Gerakan yang dipelopori al-Habib Ali ternyata mampu mengikat sejumlah besar pemuka Islam dari berbagai latar belakang yang berbeda ke dalam satu shaf lurus yang panjang untuk bersama-sama menanggapi sebuah isu internasional dengan satu suara bulat yang tidak terpecah-pecah. Kita berharap, ini tidak akan berakhir, bahkan justru menjadi sebuah awal dari persatuan ulama dan dai-dai muslimin. Aamiin yaa Ilaahanaa Ilaahal Ma’buud.

Disadur dari berbagai sumber

Sya’roni as-Samfuriy, Indramayu 10 Rabi’ul Awwal 1434 H
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama
 

*•☆°•✽Apa maksud HIDAYAH?✽•°☆•*


*•☆°•✽Apa maksud HIDAYAH?✽•°☆•*

(*)¦•¦¦•¦¦•¦¦☼(*)¦•¦¦•¦¦•¦¦☼(*)¦•¦¦•¦¦•¦¦☼

________☼/)_☼_____☼./¯"""/')

¯¯¯¯¯¯¯¯¯\)☼¯☼¯¯¯¯☼'\_„„„„\)

☆•☆•Assalamu'alaikum`warahmatullahi`wabarakatuh•☆

ღ☆ღBismillahirrahmanirrahiim...

•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•
•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•

Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-

Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.

Tanda Orang Beriman
---------------------------
Jiwa cenderung kepada Akhirat
Benci kepada Maksiat
Sentiasa bersedia menghadapi kematian
Tanda Orang Kufur
Jiwa cenderung kepada duniawi
Suka kepada maksiat
Takut dengan Kematian

Orang yang mendapat Hidayah Allah
Contoh :

Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

Orang tidak mendapat Hidayah
Contoh :

Abu Talib - Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam.Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya.Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang".Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.(at taubah ayat : 113)

Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t

Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat
Meninggalkan segala larangan Allah
Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah
Takut kepada Maksiat
Benci kepada perkara mungkar

*Iman ada pasang dan surut seperti air di lautan.Oleh sebab itu,sentiasa perbanyakkan ibadat dan sentiasa bertasbih kepada Allah supaya iman tidak turun.Sesungguhnya Hidayah semua datang daripada Allah s.w.t dan kita perlu mencarinya dengan cara solat,zikir dan baca al Quran..

Semoga kisah Saidina Umar menjadi iktibar dan semangat untuk kita berjihad & berjuang di jalan Allah..
Daripada seorang yang kufur dan kafir sehinggalah menjadi seorang khalifah Islam yang di segani oleh kawan dan lawan.


(⁀‵⁀) ..•❤•.¸✿ ✿
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•
..✫¸.•°*”˜˜”*°•. ♥
☻/ღ˚ •。* ˚✰˚ ˛★* 。
/▌*˛˚ღ •˚ ✰* ★
/ \ ˚. .❀¸.•❤•.❀ ..•❤•.¸✿ ✿¸.
✿) Salam Erat Silaturahmi Dan✿)
✿) Salam Santun Ukhuwah Fillah✿)
*•☆°• •°☆•**•☆°• •°☆•**•☆°•*
________☼/)_☼_____☼./¯"""/')
¯¯¯¯¯¯¯¯¯\)☼¯☼¯¯¯¯☼'\_„„„„\)
(¯`*•☆°•Hj.WHW Ksp•°☆•*´¯)





•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•

•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•

~ DOAKU ~

share dari link fb ~RINDU DALAM SEPI

~ DOAKU ~

Yaa Allah...inilah diriku
diri yang lemah tiada daya
tanpa kekuatan dariMu
diri yang lemah tiada kehendak
tanpa kudrat dariMu
diri yang tiada kemampuan
tanpa pertolongan dariMu

aku yakin semua ada dalam takdirMu
aku yakin semua ada dalam KuasaMu
aku yakin semua atas izinMu
aku yakin semua berjalan sesuai mengikut kehendakMu

aku ingin melangkah dengan pijakan pada kaki
aku ingin melangkah tanpa dibayangi masa silam
aku ingin melangkah tanpa harus disiksa cinta semu
aku ingin melangkah dengan segenap semangatku

Yaa Allah...tolonglah diriku
jauhkan hambaMu ini dari segala
yang menjerumuskan dosa
berikanlah kekuatan hati
dalam segenap doaku
aku ikhlas dan rela hati
aku yakin semua ini adalah kurniaan
dan anugerah terindah
dalam kehidupanku
aku pasrah...
aku berserah...Yaa Allah
Aamiin Yaa Rabbal Alamin

...dynaElsara@280313