~ Kawal Kejahatan LiDaH ~
MENURUT Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din, akhlak tercela muncul daripada dua nafsu syahwat (keinginan) iaitu nafsu makan dan nafsu seks serta daripada lidah iaitu tutur kata.
Kita perlu mengawal ketiga-tiga nafsu yang menjurus kepada kejahatan itu supaya ia tidak menguasai diri. Al-Ghazali menyenaraikan 20 kejahatan lidah antaranya berkata-kata kasar, kesat, lucah, berbohong, menyumpah, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat, bercakap perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah.
Kejahatan lidah ada yang besar dan kecil. Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti, memudaratkan orang lain dan diri sendiri.
Mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu hukumnya haram dan berdosa besar. Menurut al-Ghazali lagi, kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan kepada seseorang sama ada di dunia atau akhirat.
Merujuk kepada masalah ini, seseorang yang melakukan kejahatan lidah perlu disedarkan mengenai angkara dan kejahatan lidah. Teruskan menasihatinya secara baik, selain beri kepadanya buku mengenai penyakit hati dan kejahatan lidah dengan harapan dia kembali berubah.
p/s: Sama-samalah kita mencegah kemungkaran dan menyuruh
kebaikan
http:// seribupilihan.blogspot.com/ 2012/06/ kawal-kejahatan-lidah.html

http://
No comments:
Post a Comment