05 February 2013

..::Hormatilah orang lain jika anda Ingin di Hormati::.


share dari link fb ~Syarifah Rokiah Alkhired


..::Hormatilah orang lain jika anda Ingin di Hormati::.

Ramai orang yang melenting apabila merasa dirinya tidak dihormati. Mereka merasakan bahawa jasanya tidak dihargai malah menuduh mereka yang tidak menghormatinya sebagai kurang ajar malah perlu dihukum. Kenapa mudah melenting? Kaedah kehidupan ini adalah sangat mudah “Hormatilah orang lain jika anda juga ingin dihormati” ini antara kata-kata para bujaksana.

Bahkan Rasulullah telah berpesan:

“Kasihilah sesiapa sahaja di bumi ini pastinya kamu akan dikasihi oleh pengghuni langit”

Pesan baginda rasul lagi:

“Anda tidak dikira sebagai orang yang beriman sehinggalah anda melayan orang lain dengan cara sebagaimana yang anda sendiri suka”

Nah! Marilah kita mendidik diri kita menghormati sesiapa sahaja tidak kira siapa. Mudah-mudahan kita akan dihormati oleh sesiapa sahaja. Apa yang pasti kita akan dihormati dan dikasihi oleh penduduk langit, diantaranya ialah Allah tuhan yang telah mencipta kita dan yang menentukan untung nasib hidup kita di dunia dan akhirat.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

~ ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMADIN WA A'LA ALIHI WA SOHBIHI WA BARIK WA SALLIM ~

http://abamuaz.blogspot.com/2011/03/hormatilah-orang-lain-jika-anda-ingin.html

No comments:

Post a Comment