12 February 2013

Cerita mengenai Kayu Siwak


share dari link fb ~Hasif Lebai Fansuri


Pada suatu masa dahulu terdapat seorang lelaki soleh yang lazim bersugi. Setiap kali beliau bangun dari tidur beliau berdoa " اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ " "Segala Puji bagi Allah yang memberi kita kehidupan selepas kematian (tidur) dan kepadaNya adalah kebangkitan" dan kemudian beliau bersiwak. Beliau mempunyai seorang saudara yang soleh tidur bersama atau menetap dirumahnya. Setiap kali antara mereka berkata "jika aku mati dulu minta tolong doakan pada Allah supaya peroleh rahmat serta kebaikan kepada rohku". Demikian berterusanlah diperingat antara mereka hingga salah seorang dari mereka dipanggil Illahi.

Pada suatu malam saudara yang hidup tidur dan bermimpi bertemu saudaranya yang telah mati lalu dia bertanyakan tentang kehidupan saudaranya disana. Saudaranya yang telah mati itu berkata dia tidak merasa seperti sudah mati. Saudara yang hidup bertanya "mengapa pula?" kehairanan.

Lalu dijawab oleh saudara yang sudah mati; "Kerana sewaktu nyawaku diambil aku rasa aku sedang tidur. Bila malaikat datang kepadaku: Ijlis ya Abdullah! (duduk wahai hambaAllah!). Maka aku sangka aku baru bangun dari tidur. Dihadapan malaikat tadi aku telah membaca doa bangun dari tidur kemudian aku mencari kayu siwak ku. Aku berkata kepada mereka "wahai fulan ada nampak kayu siwakku?" malaikat berkata "kayu siwak yang mana kamu sedang cari? Tahukah kamu yang kamu sudah mati?" dan kamilah malaikat yang menyoal kamu di kubur sedang berada dihadapanmu".

"Maka aku berasa seram dan takut lalu aku teruskan membaca doa bangun tidur. Malaikat pun berkata "Ya Abdullah yang soleh, Allah mengarahkan kami untuk tidak menyoal kamu. Maka kamu terlepas dari soalan dan seksa kubur".

Segala puji bagi Allah. Dengan amalan bersiwak ini beliau terlepas dari soal & seksa kubur. Walaupun bersugi ini nampak ringan tapi keredhoan Allah ada padanya. Rasulullah SAW pernah bersabda "Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi ) dan Rasulullah SAW disaat kewafatannya pun beliau masih lagi bersama kayu siwaknya. Baginda SAW juga menggalakkan kita "Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". ( Riwayat Ahmad )

No comments:

Post a Comment