share dan tagged dari kak Zainab Ngah sahabat fb (terima kasih kak)
Aku
mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering seiring
sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun
setelah aku mati.
Aku selalu berharap
mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka
ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan,
kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku
semakin percaya diri aku sendiri.
Sekiranya tak kutemui
sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku
harus bergaul dengan orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Duduk
sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku
daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspadai..
- (Wasiat Imam Syafi'e)
No comments:
Post a Comment