shared Remaja Cinta Dakwah's photo.
shared Remaja Cinta Dakwah's photo.
Maafkan orang lain.
Berikan kemaafan itu pada mereka. Bukan kerana kebaikan dan manfaat pada diri
mereka, tetapi kebaikan dan manfaat pada diri kita sendiri.
Parut emosional
selalunya memberikan kesan yang amat menyakitkan. Jika kita memen
dam rasa dendam
kepada seseorang, ini akan menyakiti hati kita sendiri. Inilah yang dikatakan
ada kebaikan pada diri kita. Rasa kemarahan dari akibat kesalahan mereka
mungkin akan menyakitkan hati kita sekaligus akan meninggalkan kesan parut yang
akan merosakkan minda dan emosi diri sendiri akhirnya.
Jangan lupa, bahawa
orang lain juga manusia biasa seperti kita. Tidak pernah lepas dari berbuat
kesilapan. Dan jangan kita terlupa, kita juga tidak akan lari dari perbuatan
menyakiti hati orang lain.
Ada kemungkinan,
kemaafan yang kita berikan pada mereka, boleh meredakan segala ketengangan dan
mengurangkan rasa dendam dalam setiap perhubungan. Maafkanlah mereka. bersangka
baik, jom! :)
Via
: Shujaie Kamal
No comments:
Post a Comment