31 October 2012

TERUNG PIPIT RAWAT SENGAL OTOT


shared Zainab Ngah's photo.

TERUNG PIPIT RAWAT SENGAL OTOT

Nama botani terung ini ialah Solanum tarvum. Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut berterusan. Ia juga dikatakan mujara
b bagi merawat sakit kepala, sengal otot, taun, cirit birit dan mengurangkan demam panas. 

Losen yang dihasilkan daripada daun terung pipit sesuai digunakan untuk mengubat buasir manakala tempelan akar pokok yang ditumbuk lumat dapat memulihkan tumit kaki pecah. Buah terung pipit juga enak dijadikan ulam dan jika kerap dimakan, ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN.

No comments:

Post a Comment