~ In love with ALLAH S.W.T ~
Bismillahir Rahmanir Raheem…. All Praise is due to Allah….
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Amat Bermanfaat Untuk Diri Ana Sendiri dan Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah yng dirahmati ALLAH…
LIDAH OH LIDAH…
Tanpa lidah kita tidak mampu merasa nikmatnya makanan, manis dan pahit
masakan, serta kelazatan minuman. Lidah yang satu banyak sekali kebaikan
dan manfaatnya.
namun, malangnya kerana lidah juga manusia itu binasa.
Rasulallah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“(kebanyakan kesalahan anak Adam ialah pada lidahnya)”.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi:
“Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu
kalimat yang termasuk keridhaan Allah, dia tidak menganggapnya penting;
dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkannya beberapa derajat. Dan
sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat
yang termasuk kemurkaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan
sebab satu kalimat itu dia terjungkal di dalam neraka Jahannam”. [HR
al-Bukhâri, no. 6478].
Dengan lidah kita bersyukur, dengan
lidah juga kita mengingkari nikmat dan nikmat yang paling banyak
diingkari oleh seorang isteri ialah nikmat suaminya.
‘Tidak memandang ALLAH dengan pandangan rahmat pada wanita yang tidak mensyukuri nikmat suaminya”.
Alangkah sedihnya jika kita masuk neraka kerana lidah. sedang sepatutnya lidah itu yang membawa kita ke syurgaNya.
jiwa yang sentiasa berkeluh kesah , yang sentiasa nampak dirinya adalah
mangsa, yang sentiasa merasakan bahawa suaminya tidka patut
melakukannya begini dan begitu, akan sentiasa menggunakan lidah untuk
memberitahu, mengomel, memberi komen, menyindir, memerli , memarahi,
menyatakan ketidakpuasan hati , malah bertengkar dan menjawab-jawab
suaminya, .. dia akan merasionalkan perbuatan dirinya itu sebagai ‘ jika
tidak beritahu, bagaimana dia mahu tahu apa yang aku suka dna apa yang
aku benci,.. lalu bagaimana dia mahu berubah dan jika dia tidka berubah ,
bagaimana aku mahu bahagia?’… sedang bila telah diberitahu akan satu
hal, timbul hal lain pula yang menjadi isu,.. dan begitulah
seterusnya,.. tidak akan habis-habis…
bertambah malang apabila sangkanya perbuatannya itu menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga walhal itulah kunci neraka,..
LIDAH…
sabda junjungan mulia yang tercinta seterusnya,..
“hendaklah berkata yang baik, ataupun diam’..
jika apa yang hendak kita keluarkan dari mulut kita, apa yang hendak
kita ucapkan dengan lidah kita itu hanya keluh kesah, adu domba , ghibah
(umpat), rasa tidak puas hati itu ini, meyatakan benci, amarah dan
dengki serta cemburu dan dendam kesumat, maka lebih baik kita diam,..
jika turutkan juga, maka binasalah kita,..
‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’,..
‘kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut, badan binasa’,..
“Dari Sufyan bin ‘Abdullah ats-Tsaqafi, ia berkata: “Aku berkata, wahai
Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan
berpegang dengannya!” Beliau menjawab: “Katakanlah, ‘Rabbku adalah
Allah’, lalu istiqomahlah”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang
paling anda khawatirkan atasku?”. Beliau memegang lidah beliau sendiri,
lalu bersabda: “Ini”.[6]
sabda rasul lagi,..“Barang siapa yang
menjamin untukku apa yang ada di antara dua rahangnya dan apa yang ada
di antara dua kakinya, niscaya aku menjamin surga baginya”
Credit to: intanrohaida
No comments:
Post a Comment