15 March 2014

PELIHARALAH KECANTIKKANMU..


share dari link fb ~Sucikan Hati Dari Penyakit Hati



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


PELIHARALAH KECANTIKKANMU..


Cantik seorang wanita itu memang Anugerah..


Tapi sekaligus juga menjadi ujian yang sangat-sangat berat..


Ketika kecantikan hanya menjadikan kita angkuh..

Ketika kecantikan menjadikan ladang dosa..


Ketika kecantikan itu menjadikan kita ingin selalu di sanjung dipuja..


Ketika kecantikan tak di hijabi dengan pakaian syar'i..

Ketika kecantikan itu hanya untuk mengumbar maksiat..


Ketika kecantikan itu tak bisa dijaga dengan sebaik-baiknya..


Maka sungguh..

Kecantikkan itu hanya akan menjadi fitnah belaka..

Yang akan membawa seorang wanita ke jurang kenistaan..


Aamiin kan sahabatku #SHDPH do'a ini :


YA ALLAH..

Tuntunlah kami pada jalan-Mu, jadikanlah semua yang membaca status ini menjadi orang yang selelu pandai menjaga kehormatan..


Dan 

Jadikan semua orang yang meng-Aamiin-kan ini menjadi orang yang senantiasa mendapatkan hidayah-Mu.dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sholeh atau sholehah..


Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com

~:: RENUNGAN DIRI ::~


~:: RENUNGAN DIRI ::~

Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a. , " Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya.

Penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa,
penyakit ibadah adalah riya’,
penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
penyakit berani adalah menyerang,
penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
penyakit tampan adalah sombong,
penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
penyakit malu adalah lemah,
penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
penyakit kaya adalah kikir,
penyakit royal adalah hidup mewah, dan
penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…."

Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu : rajin beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin mendapat pujian dalam segala perkara. "

Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah, " Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku…"

Ketika ditanya bagaimana cara mengobati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata, " Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke majelis-majelis dzikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terobati juga, maka mintalah kepada Allah SWT hati yang lain, karena sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…"

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com

Muhasabah Diri : Kita sangat senang menasihati orang....

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Muhasabah diri:



Kita sangat senang menasihati orang

Tatkala diri ditimpa perkara yang sama, baru kita tersedar

Berat atau sukarnya untuk mengucap Alhamdulillah

Susah atau mudahnya untuk kekal dalam sabar


Senang atau tidak untuk senyum dalam tenang


Fasabrun Jameel… 

Wallahul musta’an


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com


Tidaklah pelik untuk melihat seorang insan goyah apabila 

ujian menyapa secara tiba-tiba. Kerana jiwa insan itu sendiri sememangnya lemah

Dan hanya Allah jua yang menguatkannya...



blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com

11 March 2014

Ya Allah temukanlah dan selamatkanlah semuanya Mh370.


shared Ebit Lew's status.  

Ya Allah,.menangis saya hari ini bila ada seorang berjumpa dengan saya menangis teruk selepas ceramah dan kata dia nak mula solat setelah meninggalkan semenjak remaja sehingga kahwin dan ada anak..dia nak mula dan belajar solat.

Saya ceritakan Allah sayang kita semua. Saya ceritakan peristiwa Mh370 telah mengajar saya banyak perkara...Dia tersedar kerana peristiwa itu dengan izin Allah..

Saya lihat ada ramai orang tanpa sesiapa tahu mereka tingkatkan puasa sunat. Solat tahajud..sedekah...dan mula meninggalkan dosa besar yang mereka lakukan..mereka doakan untuk saudara Islam dan ahli keluarga kita yang besar yang bukan Islam yang berada dalam Mh370.

Inilah Islam bila kita menyayangi semua orang...Kita sentiasa disuruh meminta rahmat, keselamatan dan kebaikan untuk semua orang. Semua doa itu pasti dikabulkan..Ia akan menjadi amal jariah kita yang paling besar.
Saya juga dalam sedih dan sayu jer teringat Mh370..Allah beri saya.semangat bila saya lihat masjid banyak yang penuh seperti dalam Ramadhan..ya Allah..ya Allah..

Mari kita terus rapatkan diri kita pada Allah..
Ya Allah tuhan kami..kami sedar.tiada yang sayang kami seperti kau sayang kami...
Ya Allah hanya kau yang.maha mengetahui apa yang sebaik-baiknya untuk kami..ya Allah..ampunkan dosa kami semua.. ya Allah jadikanlah setiap yang berlaku ini jadi asbab hidayah buat kami semua..dan seluruh 7 bilion dalam dunia ini mengenalMu ya Allah...
Ya Allah temukanlah dan selamatkanlah semuanya Mh370.ya Allah segalanya mungkin bagiMu..tiada yang mustahil bagiMu...ya Allah kau maha berkuasa atas segala sesuatu..seluruh kerajaan dunia dan makhluk tidak boleh buat apa-apa melainkan dengan izinMu. Ya Allah mudahkanlah segala urusan dan jauhi segala musibah dan pandanglah kami dengan kasih sayangMu...kuatkanlah iman dan kesabaran kepada keluarga Mh370..ya Allah cucurilah rahmat kepada kami semua.ya Allah kami.redha dengan segala ketetapanMu ya Allah....-ebit lew hamba Allah dan pelajar seumur hidup.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com

Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?

share dari link fb ~King Jason

Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah #PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?

Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Join us!!! Bersama Ulama'ahli sunnah waljamaah Malaysia.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Join us!!!

Bersama Ulama'ahli sunnah waljamaah Malaysia.

Hayati Penulisan seorang Ahli Ilmu mengenai dakwaan orang yang mendakwa Ikut Quran dan sunnah sehingga mengetepikan Ulama'..

Hayati hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah dan dikeluarkan oleh Imam At-Tabrani, Ad-Dailami dan selain daripada keduanya;

Sabda Nabi SAW : Ambillah ilmu sebelum ilmu itu hilang. Bertanya Sahabat : Wahai Rasulullah! Bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan di sisi kita ada kitabullah dan sunnah RasulNya? Berkata Abu Umamah : Maka Rasulullah marah yang tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Jawab Rasulullah SAW : Sesungguhnya hilangnya ilmu dengan hilangnya pembawanya.

1) Daripada hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, hilangnya ilmu atau diangkatnya ilmu dengan matinya alim ulama' iaitu pembawa kepada ilmu tersebut.

2) Hadis ini juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang kononnya ingin kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis dengan mengenepikan ulama'. Sahabat menyangka dengan adanya Al-Quran dan Al-Hadis maka ilmu itu tidak hilang. Namun Rasulullah SAW menyangkal kefahaman sahabat yang bertanya dengan jawapan Baginda SAW : hilangnya ilmu dengan hilangnya pembawa yakni ulama'. Kerana apabila matinya ulama' maka kefahaman terhadap Al-Quran dan Al-hadis juga hilang walaupun Al-Quran dan Al-Hadis ada di sisi kita.

3) Hadis ini juga menolak pandangan memahami Al-Quran dan Al-Hadis secara zahir tanpa melihat kepada kefahaman ulama' dalam menjelaskan setiap nas-nas. Perhatikan pertanyaan sahabat. Bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan di sisi kita ada kitabullah dan Sunnah RasulNya? Inilah sangkaan golongan wahabi aka salafi yang menolak mazhab dan pandangan ulama' dengan sangkaan pandangan mereka tidak maksum.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

09 March 2014

11 Perkara Yang Mendekatkan Isteri Dengan Syurga Allah SWT

share dari link fb ~ Islamic Articles

11 Perkara Yang Mendekatkan Isteri Dengan Syurga Allah SWT

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/