11 March 2014

Ya Allah temukanlah dan selamatkanlah semuanya Mh370.


shared Ebit Lew's status.  

Ya Allah,.menangis saya hari ini bila ada seorang berjumpa dengan saya menangis teruk selepas ceramah dan kata dia nak mula solat setelah meninggalkan semenjak remaja sehingga kahwin dan ada anak..dia nak mula dan belajar solat.

Saya ceritakan Allah sayang kita semua. Saya ceritakan peristiwa Mh370 telah mengajar saya banyak perkara...Dia tersedar kerana peristiwa itu dengan izin Allah..

Saya lihat ada ramai orang tanpa sesiapa tahu mereka tingkatkan puasa sunat. Solat tahajud..sedekah...dan mula meninggalkan dosa besar yang mereka lakukan..mereka doakan untuk saudara Islam dan ahli keluarga kita yang besar yang bukan Islam yang berada dalam Mh370.

Inilah Islam bila kita menyayangi semua orang...Kita sentiasa disuruh meminta rahmat, keselamatan dan kebaikan untuk semua orang. Semua doa itu pasti dikabulkan..Ia akan menjadi amal jariah kita yang paling besar.
Saya juga dalam sedih dan sayu jer teringat Mh370..Allah beri saya.semangat bila saya lihat masjid banyak yang penuh seperti dalam Ramadhan..ya Allah..ya Allah..

Mari kita terus rapatkan diri kita pada Allah..
Ya Allah tuhan kami..kami sedar.tiada yang sayang kami seperti kau sayang kami...
Ya Allah hanya kau yang.maha mengetahui apa yang sebaik-baiknya untuk kami..ya Allah..ampunkan dosa kami semua.. ya Allah jadikanlah setiap yang berlaku ini jadi asbab hidayah buat kami semua..dan seluruh 7 bilion dalam dunia ini mengenalMu ya Allah...
Ya Allah temukanlah dan selamatkanlah semuanya Mh370.ya Allah segalanya mungkin bagiMu..tiada yang mustahil bagiMu...ya Allah kau maha berkuasa atas segala sesuatu..seluruh kerajaan dunia dan makhluk tidak boleh buat apa-apa melainkan dengan izinMu. Ya Allah mudahkanlah segala urusan dan jauhi segala musibah dan pandanglah kami dengan kasih sayangMu...kuatkanlah iman dan kesabaran kepada keluarga Mh370..ya Allah cucurilah rahmat kepada kami semua.ya Allah kami.redha dengan segala ketetapanMu ya Allah....-ebit lew hamba Allah dan pelajar seumur hidup.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com

No comments:

Post a Comment