11 October 2015

JERUK BAWANG PUTIH

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

JERUK BAWANG PUTIH

Bahan-bahannya

1. 20 labu bawang putih, jangan ceraikan/kupaskan. Buang kulit yang sudah
terkupas. Bersih dan toskan.Kalau rajin, kukuskan bawang putih sehingga agak
lembut (boleh dicucuk dengan garpu)
2. 1 cawan cuka
3. 2 cawan air
4. setengah cawan gula pasir
5. 5 sudu makan garam

Cara:
1. Masak air, cuka, gula dan garam hingga mendidih
2. Masukkan bawang putih dan masak hingga didih sekali lagi + another 5-10
minutes. Kalau sudah dikukus, masak hingga didih sahaja.
3. Sejukkan (betul betul sejuk)
4. Masukkan dalam telap yang tidak kedap udara (telap kaca, bukan plastik
ye!)
5. Boleh simpan dalam fridge (tahan 2 bulan) atau kalau bukan dalam fridge,
tahan 2-3 minggu. Ambil gunakan sudu.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

08 October 2015

JANGAN LEMAH DUHAI DIRI....

share dari link fb ~ Rohana Saad

JANGAN LEMAH DUHAI DIRI....

Kita mencuba untuk bertahan, namun kadangkala hati ini rapuh jua. Puas menahan dari mengalir, tapi airmata ini tetap juga gugur ke pipi.. Kuatlah wahai HATI, tabahlah wahai JIWA.. Jangan biarkan orang lain tahu yang kau sebenarnya lemah.Tatkala Dia mendatangkan ujian..pandanglah dengan pandangan iman. Di saat Dia mengirimkan musibah..hadapilah dengan hati yang tabah. Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba...

Musibah ibarat ombak yang berlabuh di persisiran pantai, semakin kuat ombak, semakin banyak pasir yang terhakis. Walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri. Walau hidup ini dirasakan terlalu sukar untuk dilalui, usah gentar duhai diri. Sang Rabbul Izzati ada menemani untuk disetiap keadaan dan situasi.

Apa khabar imanmu duhai diri? Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh. Bertahanlah. Bertabahlah. Pada DIA ada penawar segala beban dan duka. Bukankah 99 sifatNya itu sudah cukup meyakini untuk menyerahkan segala harapan dan keinginanmu? 

Teman.. simpanlah keluh kesahmu daripada pandangan manusia walau sedikit, kelak dikhuatiri kau tak punya waktu untuk mengadu pada Dia Pencipta dirimu juga diriku... Allah akan menenangkan, kalbu yang terkoyak kepedihan. Apapun alasan kembalikan pada sang pemilik keajaiban, hingga hati kembali diletakkan sempurna dan di sembuhkan.

Tersenyumlah.. Ujian dan pedih jiwa akan menyerah pada sujud sepertiga malam yang tak kenal lelah. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

kek butter moist


share dari link fb ~ Hajal Aishah Zakirai

Dah berkali2 buat tak jemu2...... Sebab ape saya cakap tak jemu sebab dia moist kat dalam......


#kek butter moist

Bahan2
#250 gram butter
#1 1/2 cawan gula castor
#4 biji telur
#1penutup esen vanila
#21/2 cawan tepung superfine
#1cawan susu segar dari peti sejuk

..............
Pukul butter ngn gula castor hingga kembang Dan gebu....
Masukkan telur satu persatu.....pukul sebati......pelahan jerrrrr.......
Masukkan tepung selang selikan dengan susu........kaup balik mengunakan spatula Di mulakan dgn tepung diakhiri dengan tepung........masukkan esen vanila.....
Suhu 160°c masak 1 jam atau sehingga masak.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

HIDAYAH TIDAK DATANG SENDIRI, KITA YANG KENA CARI

share dari link fb ~ Rohana Saad

HIDAYAH TIDAK DATANG SENDIRI, KITA YANG KENA CARI 

KITA adalah pengendali hidup kita sendiri. Apa jua situasinya kita yang akan hadapi dan lalui. Hanya kita saja yang mampu tentukan mana halatuju kita. Saat getir ujian, carilah DIA. Saat bahagia dengan senyuman, carilah DIA. Kerna DIA-lah “kekasih” yang selalu ada untuk kita disaat orang lain sibuk… sibuk… dan terlalu sibuk! itulah… membuatkan kita lazat untuk mencari CintaNYA. Kita bersabar, redha dan rendah diri padanya mengakui kesilapan lampau kita...

ALLAH berfirman kepada Nabi Daud, “Hamba yang paling AKU Cintai ialah mereka yang mencari AKU bukan kerana takut hukumKU atau hendakkan KurniaanKU, tetapi adalah semata-mata kerana AKU ini Tuhan.” Maka, Kerana ayat inilah kita harus mencari cintaNYA. Kerana ayat ini juga kita mesti menjadi pengkagumNYA. Kita tidak mahu melakukan ibadah kerana fadilat dan ganjarannya. Kita tidak mahu ibadah kerana balasannya syurga. Islam, iman, taubat, tawakal, penggantungan, serta perjalanan takdir dalam hidup mati kita, kesudahan baik dan kesudahan buruk kelak atas kehendakNya menempatkan kita dimana Dia kehendaki.

ALLAH tidak memilih siapa layak, siapa tidak berhak menikmati hidayahNYA. Jangan kita rendah diri jika amal dan imanmu sekadar kuat besi berani jika dibanding manusia lain yang boleh dihitung seluas lautan dan langit. Iman itu terletak dihati dengan rasa rendah diri. Saat kita tundukkan hati menangisi kesalahan yang lalu, cintaNYA terbuka seluas arasy untuk kita. CintaNYA tidak akan membezakan kita pernah berdosa atau berpahala. CintaNYA akan membuka seluas-luas kasih sayangNYA saat kita mengakui syahadahNYA. CintaNYA mejadi dinamik untuk kita melangkah ke satu ruang taubah. Dan detik itulah….Menangislah, mengadulah segala beban takdir yang tidak tertanggung oleh kita. Moga DIA selalu belas ehsan untuk menerima doa kita....

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK

share dari link fb ~ Denaihati Network

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK

Boleh cuba mana2 cara berikut...

1. Daun sirih: 
Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.

2. Bedak sejuk :
Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.

3. Daun limau nipis dan madu :
Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.

4. Air kapur makan :
Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.

5. Daun pandan :
Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.

6. Daun sirih dan bunga kenanga :
Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

7. Belakang tapak tangan :
Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.

8. Kulit pisang :
Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.

9. Pucuk daun jambu batu dan limau nipis
Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

10. Limau nipis :
Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.

Selamat mencuba

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

01 October 2015

Khasiat air limau nipis.

share dari link fb ~ Pembekal Buah Premium Quality

Khasiat air limau nipis.


Limau nipis sangat banyak kegunaannya sama ada untuk makanan dan minuman,ia juga untuk merawat berbagai penyakit,


1. Merawat penyakit Darah tinggi.
Caranya;Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa,
Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda akan beransur turun.Inshaallah penyakit itu akan sembuh.

2. Menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan puan akan berkurangan amalkan selama sebulan,INshaallah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.

3.Untuk suara menjadi merdu.
Ambil sari air limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih,madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar,campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali,Inshaallah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran,berazan,berzanji dan menyanyi.

4. Mengatasi kurang darah.
Sediakan sebiji kuning telur,sesudu madu,air limau nipis sebiji,segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang,Inshaallah dalam masa tiga hari puan akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

5. Mengempiskan perut.
Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit,maka bolihlah gunakan petua ini,

Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang,belakang serta paha,

Bolih juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa,selamat mencuba.

6. Melembutkan tangan dan muka.
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit ,cucilah dengan air bersih,puan akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya.
Puan juga bolih gunakan mentimun yang dicincang halus,parutan kentang,putih telur ,sapulah seperti cara tadi.

7. Kalau batuk kuat.
Kalau puan batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital,bolihlah gunakan petua ini;
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli.minumlah setiap kali rasa hendak betuk,bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis , Inshaalah dalam masa sehari sahaja puan akan nampak keberkesanannya itu,dalam masa tiga hari batuk itu akan hilang.

8. Ramuan memulihkan syawat. 
Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak,masukkan serbuk lada, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari,selama seminggu, Inshaallah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.

9. Ramuan mandi.
Untuk ramuan mandi bunga,atau mandi biasa bolih gunakan perahan air limau nipis,sementara buahnya dibelah dua dan digosuk pada badan yang berdaki atau gatal, Inshaallah badan puan akan berbau harum,bersih dan segar.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RESEPI CALAMARI BUTTER

share dari link fb ~ Aneka Resepi

RESEPI CALAMARI BUTTER

Bahan-bahan:

Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.
2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.

Cara:

Mula-mula sediakan telornya. Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan.
Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap.
Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan.
Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih.
Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap.

SELAMAT MENCUBA DAN TAG KAWAN ANDA !! 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/