Talam Gula Merah
Oleh:Natasya Nadia
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air gula merah (1 1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula pasir + 1 cawan air) dimasak dan disejukkan
2 cawan santan cair
Campurkan semua bahan dan tapis supaya tidak berketul-ketul.
Bahan B
1 1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan tapis supaya tidak berketul.
Cara-cara
Sapukan minyak pada loyang. Kemudian masukkan adunan Bahan A tadi, kukus selama 15 minit
Lorekkan sedikit atas adunan A yang telah keras dengan garfu, masukkan pula adunan Bahan B. Kukus hingga masak lebih kurang 20 - 25 minit
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment