share dari link fb ~
Ummurahmah Shop & Centre
Evening Primrose Oil (EPO) Softgel
Evening Primrose Oil (EPO) merupakan punca khasiat yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linolenik (GLA/Omega-6),
Precursor kepada prostaglandin yang diperlukan oleh setiap sel dan organ dalam tubuh kita. Prostaglandin adalah bahan seperti hormon yang membantu dalam sistem peredaran darah, kesihatan kulit dan sendi, tahap kolestrol, keradangan/inflamasi dan banyak lagi.
Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)
1. Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.
2. Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .
3. Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.
4. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
5. Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.
Khasiat dan kegunaan lain EPO
Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah
==> Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.
Cadangan Penggunaan:
2 biji setiap pagi selepas makan
blog
saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment