share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre
~ ANTARA LAIN KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO) YANG ANDA PERLU TAHU.......
* RESDUNG
Pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966 seorang prof farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting dalam minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, antibakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebsbkan kuman seperti resdung.
* Masalah Tiroid
Samada penghidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dara dapat memberi manfaat. Ia merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan merangsang metabolisma.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung
* Membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
* Memiliki sifat antioksidan semulajadi
* Pada kulit, bertindak sebagai prisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV). Menghalang infeksi kuman (mengelakkan penyakit jangkitan kulit) di samping mempercepatkan pembentukan sel baru (keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara)
* Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
* Sistem Imun Atau Kekebalan Tubuh
Mengandungi lipid antimakrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti harpez, influenza bahkan HIV.
* Mencegah Masalah Hati
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan dan mencegah penyimpanan lemak.
* Kencing Manis atau Diabetes
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos di dalam darah dengan lebih berkesan sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.
* Untuk Tulang
Meningkat kemampuan tubuh untuk menyerap mineral penting termasuk kalsium dan magnesium. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment