04 January 2014

SPAGHETTI SEAFOOD GORENG ALA MALAYSIA

share dari link fb ~ Buku Resepi
 
SPAGHETTI SEAFOOD GORENG ALA MALAYSIA
Oleh:Zue Taqwallah

BAHAN-BAHAN
1 peket spaghetti - siap direbus
3 ekor sotong - potong cincin
10 ekor udang - buang kulit,belah tengah
2 sudu besar cili kisar *
5 biji bawang kecil - ditumbuk*
5 ulas bawang putih cincang halus*
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos spaghetti (saya guna prego)
1 batang lobak merah-potong panjang,halus
sedikit sayuran kacang beku (jagung,kacang pis dan lobak kecil)
sedikit daun sup/daun bawang - potong kecil
3 cawan air
garam/gula secukup rasa

CARA-CARA
1.Tumiskan semua bahan yg bertanda * hingga naik bau
2.Masukkan sotong dan udang,kicap manis,sos tiram dan sos spagehtti gaul sebati
3.Masukkan air dan biar seketika hingga sotong dan udang masak.Masukkan semua sayuran (kekacang beku dan lobak merah)
4.Setelah bahan diatas sebati rata,masukkan spaghetti gaul rata dan akhir sekali perasakan garam dan gula.taburkan dengan daun sup/bawang

SELAMAT MENCUBA

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment