24 January 2014

KHASIAT MINYAK ZAITUN


share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre


Nabi s.a.w. bersabda: “Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Minyak zaitun keluaran Al Haddad Marketing Sdn Bhd melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25darjah selsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah).

Minyak yang melalui proses "Perahan Sejuk" adalah tinggi kandungan anti-oksidannya yang mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas.

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Mengurangkan kadar kolesterol
Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
Mengelak pembentukan batu hempedu
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Menstabilkan asid lemak

CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan

Di antara Khasiat minyak zaitun:

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Soy Collagen

share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre

Soy Collagen

Mengandungi pelbagai khasiat antaranya:
Sangat efektif untuk
- proses penuaan kulit
- masalah jerawat dan parut jerawat
- kedutan pada kulit
- vena verikos (urat timbul)
- rekahan kulit (stretch marks)
- sakit pinggang
- rhumatoid atritis (penyakit sendi/tulang)
- bengkak sendi
- menambahkan keanjalan dan ketegangan kulit
- melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- menguatkan otot
- menguatkan tulang
- melawan `multiple sclerosis dengan membina semula lapisan protin pada saraf
- membantu proses terapi hormon kepada wanita yang mengalami menopause.

7 Kriteria memilih soya yang selamat:

1. kacang soya itu sendiri mesti tumbuh dan membesar secara organik. MEngapa? Berdasarkan kajian, soya bukan organik (secara kimia) akan menyebabkan nutrisi makanan yang terdapat dalam soya berkurangan. Dan terbukti dari segi kajian terdapat hubungkait antara kanser dan nitrates(yang wujud dr penanaman secara kimia). jadi, amatlah penting bahan, bahan kimia seperti pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soya.

2. kacang soya tersebut mestilah NON-GMO( non-genetically modified). maknanya ia tidak diubah genetiknya. MEngapa?? secara umum, kos pengahasilan kacang soya dari jenis GMO(yg diubah genetik) adalah murah, mudah dan cepat. kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos. jadi pilihan mereka semestinya soya GMO. Kenyataan daripada Brazilian Government Scientist, Dr. Louis J. Pribyl, berdasarkan kajian yang dijalankan, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru di masukkan kedalam sel tumbuhan.

3. Protein soya tersebut mestilah mengandungi 9 asid amino perlu. Ini adalah salah satu ciri yang amat penting. tahukah anda?? badan kita amat-amat memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menhasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim dan lain-lain. Jika 1 asid amino ini tiada/tidak dapat dibekalkan ke tubuh, sistem imun kita boleh berkurang sebanyak 30%. dan juga banyak fungsi tubuh yang penting boleh terganggu atau terhenti.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, kacang soyang tersebut mestilah dibasuh dengan air. bukan dibasuh dengan alkohol. Jika dicuci dengan alkohol, kandungan isoflavone akan termusnah sehingga 88%. isoflavone tu apa?? isoflavone ni satu ingredient yang diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser paru-paru dan lain-lain. isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang (tulang lebih mampat)

5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan. untuk makluman anda, soya mentah mengandungi "änti-growth" dan "anti-tyrosine"substance.Carilah produk yang menggunakan proses pengekstrakan bersuhu rendah yang mampu menyingkirkan kedua-dua bahan ini tapi masih mengekalkan komposisi soya mentah supaya kandungan asid amino dan isoflavones yg tinggi dapat dikekalkan kerana kedua-duanya sangat sensitif kepada suhu tinggi.

6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya adalah tanpa pemanasan. asid amino adalah komponen yang sangat sensitif pada suhu yang panas. dalam kajian yang dijalankan, protein yang dimasak menunjukkan terdapat kemusnahan sekurang-kurangnya 50% kepada sebahagian amino asid perlu. jika individu tersebut secara berterusan mengambil pemakanan yang kekurangan amino asid perlu, akan berlaku gangguan terhadapat perkembangan otak dan gangguan hormon dalam tubuh. dan juga tidak mustahil berlakunya pertumbuhan tisu baru dalam tubuh

7. Soy isolate tersebut mestilah ditambah dengan unsur kalsium. Mengapa agak-agaknya ye??? Kajian yang dijalankan melaporkan bahawa serbuk soya yang terhasil adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy protein itu untuk meneutralkan semula serbuk soya tersebut. dan kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium ke dalam serbuk soya keluaran mereka.



blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Evening Primrose Oil (EPO) Softgel

share dari link fb ~ 
Ummurahmah Shop & Centre
 
Evening Primrose Oil (EPO) Softgel

Evening Primrose Oil (EPO) merupakan punca khasiat yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linolenik (GLA/Omega-6),

Precursor kepada prostaglandin yang diperlukan oleh setiap sel dan organ dalam tubuh kita. Prostaglandin adalah bahan seperti hormon yang membantu dalam sistem peredaran darah, kesihatan kulit dan sendi, tahap kolestrol, keradangan/inflamasi dan banyak lagi.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

1. Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit

Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

2. Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)

Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

3. Diabetic Neuropathy

Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

4. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol

Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

5. Osteoporosis

Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO

Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah

==> Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Cadangan Penggunaan:
2 biji setiap pagi selepas makan

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

~ ANTARA LAIN KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO) YANG ANDA PERLU TAHU.......

share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre

~ ANTARA LAIN KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO) YANG ANDA PERLU TAHU.......


* RESDUNG

Pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966 seorang prof farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting dalam minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, antibakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebsbkan kuman seperti resdung.

* Masalah Tiroid

Samada penghidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dara dapat memberi manfaat. Ia merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan merangsang metabolisma.


* Mengurangkan risiko penyakit jantung

* Membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal

* Memiliki sifat antioksidan semulajadi

* Pada kulit, bertindak sebagai prisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV). Menghalang infeksi kuman (mengelakkan penyakit jangkitan kulit) di samping mempercepatkan pembentukan sel baru (keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara)

* Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)

* Sistem Imun Atau Kekebalan Tubuh

Mengandungi lipid antimakrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti harpez, influenza bahkan HIV.

* Mencegah Masalah Hati

Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan dan mencegah penyimpanan lemak.


* Kencing Manis atau Diabetes

Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos di dalam darah dengan lebih berkesan sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.


* Untuk Tulang

Meningkat kemampuan tubuh untuk menyerap mineral penting termasuk kalsium dan magnesium. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Minyak Biji Anggur atau dikenal juga Grape Seed Oil

share dari link fb ~Ummurahmah Shop & Centre

Minyak Biji Anggur atau dikenal juga Grape Seed Oil mengandungi phytonutrient istimewa yang hanya ditemukan pada buah anggur, yang dinamakan polyphenols. Pada tahun 1985, Prof. Jacques menemukan polyphenols yang terdapat pada buah anggur. Lebih dari itu, biji buah anggur ternyata mengandung lebih banyak oligomere proanthrocyadin atau disingkatkan menjadi OCP, berbanding tumbuhan lain.

Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara yang beriklim sejuk. Lalu, apa itu OPC? OPC merupakan antioksidan yang utama dan penting. OPC berkhasiat untuk melindungi selaput dari kecederaan yang bersifat oksidatif. Selain itu, OPC memiliki khasiat 50kali lebih kuat berbanding vitamin E dan 18.4 kali dari vitamin C.

Kelebihan Grape Seed Oil:
1. Menaturalkan radikal bebas yang menyerang dan merosak DNA manusia.
2. Berfungsi sebagai anti-oksidan yang mudah diserap dan membantu sistem metabolisme tubuh.
3. Menurunkan kadar LDL kolesterol dalam tubuh.
4. Meningkatkan kekuatan dan melancarkan peredaran darah.
5. Memperbaiki sistem imun tubuh terhadap berbagai macam penyakit.
6. Dengan kandungan kolagen di dalamnya, dapat mengencangkan kulit sehingga terlihat awet muda dan lebih segar.
7. Mencegah pembengkakan dan peradangan.
8. Meremajakan sel-sel dalam tubuh.
9. membantu perkembangan janin bagi ibu hamil.
10. Berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-virus dan juga anti-kanser.
11. Melawan oksidasi awal lipid, kerapuhan dan pengerasan dinding pembuluh darah kapiler.
12. Mengurangkan gangguan pada sistem imun bagi wanita yang beranjak menopasue.

~ Jadikan amalan kesihatan harian anda...


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

BOHONG adalah perbuatan dan ciri orang-orang munafiq

share dari link fb ~ Nur Iman

BOHONG adalah perbuatan dan ciri orang-orang munafiq. Oleh karena itu, hendaknya kita menjauhinya. Sebab jika terbiasa dusta, boleh jadi pada akhirnya kita berubah menjadi orang munafik. Rasulullah saw- bersabda,


آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ, وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga: (1) Apabila berkata, ia dusta. (2) Apabila berjanji, ia ingkar. (3) Apabila dipercaya, ia khianat”. [HR. Al-Bukhoriy (no. 33), dan Muslim (no. 59)]

Hadis ini memperingatkan kita bahwa sifat-sifat orang munafiq. Semoga kita tidak memiliki sifat-sifat tersebut dan senantiasa berikhtiar untuk menjaga diri kita dari sifat-sifat tersebut.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

23 January 2014

PUDING ROTI KARAMEL

share dari link fb ~ Buku Resepi

PUDING ROTI KARAMEL

Oleh:Rina Combi
Like: Buku Resepi


BAHAN KARAMEL :
3 sdm gula
2 sdm air
(Masak atas api perlahan sampai perang,angkat n letakkan dlm loyang)

BAHAN PUDING :
4 keping roti
4 bj telur
1 tin susu cair
3 sdm susu pekat
1 sdt esen vanilla
(Blend semua bahan,buang buih n masukkan dlm loyang yg di isi karamel td)

Kukus sampai masak 
sdm= sudu makan
sdt= sudu teh



Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/

20 January 2014

LEPAT LABU

share dari link fb ~ Resepi Bonda

LEPAT LABU

Bahan­bahan :

1) ½ biji labu, (rebus dan lecek)
2) ½ biji kelapa parut
3) 1 cawan gula
4) ½ sudu teh garam
5) 2 cawan tepung gandum
6) ½ cawan gula merah
7) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara :

7) Panaskan pengukus.
8) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
9) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1sudu adunan labu ditengah­tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah­tengahnya sebagai inti. Tutup
kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan itu dengan lipat kedua­dua
hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga
habis.
10) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.
 
Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  

19 January 2014

TIDUR ADALAH KEMATIAN SESAAT || Amalan Sebelum Tidur

share dari link fb ~ Bicara Hidayah
 
TIDUR ADALAH KEMATIAN SESAAT 
|| Amalan Sebelum Tidur

Tidur tidak sekadar mengistirahatkan seluruh anggota badan, otot dan fikiran setelah seharian beraktiviti. Tidur adalah ibarat kematian atau kebangkitan. Ini tercermin dari doa yang sering dibaca sebelum tidur, “Bismika Allahumma ahya wa amut, Dengan namaMu, ya Allah, aku hidup dan mati. Dan doa bangun tidur, “Alhamdulillahilladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihin nusyur, Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dibangkitkan.”

Para sholihin selalu memaknai tidur dengan kematian. Bagi mereka, tidur adalah kematian sesaat. Ini terlihat dari cara mereka tidur menghadap kiblat, yakni tidur di atas sisi kanan seperti mayat berbaring di liang lahat dengan bahagian depan badan menghadap kiblat. Bahkan Hujjatul Islam, Imam Ghazali dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah, menganjurkan seorang mukmin sebelum tidur menuliskan wasiat terlebih dahulu, karena barangkali nyawanya diambil Allah subhanahu wata’ala saat tengah tidur.

Banyak sekali amalan sebelum tidur yang telah dipraktikkan Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wasallam dan dianjurkan para ulama, supaya tidur dalam keadaan suci lahir dan batin. Di antara adab tidur yang berhubungan dengan kesucian lahir, yaitu menggosok gigi. Menurut kesihatan, kuman akan semakin berkembang pada malam hari saat kita sedang tidur, di mana mulut tidak melakukan aktiviti. Sahabat Hudzaifah radhaillahu’anhu berkata, 

“Jika Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wasallam bangun di malam hari, beliau membersihkan mulutnya dengan sikat gigi.” (HR Bukhari)

Kemudian disunnahkan berwudhu. Ini menandakan kesucian lahiriah. Sahabat Bara’ bin ‘Azib radhiallahu’anhu berkata, bahwa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam menasihatinya, 

“Jika engkau hendak mendatangi peraduanmu, hendaklah engkau berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhu hendak sholat.” (HR Bukhari, Muslim).

Lalu setelah di tempat tidur, jangan lupa berzikir untuk kesucian batin. Imam Ghazali dalam kitabnya tersebut, juga menganjurkan seorang mukmin sebelum matanya terpejam, mengingat berbagai dosa dan kesalahan yang dilakukan seharian, kemudian bertaubat kepada Allah subhanahu wata’ala serta memohon kepadaNya kekuatan untuk tidak mengulanginya lagi.

Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam Alquran, 

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Annisa [4]: 110)

Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam sendiri menurut Siti Aisyah radhiallahu ’anha terbiasa membaca istighfar, 

“Rasulullah banyak membaca Subhanallah wa bihamdihi, astagfirullah wa atubu ilaihi, (Maha suci Allah dengan segala pujinya, aku memohon ampun kepada Allah subhanahu wata’ala) sebelum tidur.” (HR Bukhari, Muslim)

Di antara amalan zikir lainnya adalah membaca surat-surat tertentu. Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wasallam setiap malam sebelum mendatangi peraduanya, seperti dituturkan Siti Aisyah radhiallahu ‘anha, selalu membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. “Selanjutnya beliau mengusapkannya ke seluruh tubuh yang biasa beliau jangkau. Di mulai dari kepala, wajah dan bagian depan bagian tubuh beliau. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” (HR Bukhari, Muslim).

Itulah sebagian adab sebelum tidur. Intinya bahwa kesucian lahir dan batin sebelum tidur harus menjadi perhatian setiap mukmin. Sayugianya kita senantiasa mencontoh sikap dan amalan Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam. Dengan amalan tersebut berarti kita telah siap untuk berjumpa denganNya. Karena setiap orang tidak tahu bila ia akan dicabut nyawanya. Barangkali Allah subhanahu wata’ala mencabut nyawa kita di saat tidur.


Kredit: Republika
__________________
Shared By: bicara.hidayah ( .. buat diriku ..)
Bicara Hidayah - Bicara Hati ღ
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/