10 October 2013

SINGKIRKAN FIKIRAN NEGATIF


share dari link fb ~Datuk Dr Maznah Hamid
SINGKIRKAN FIKIRAN NEGATIF 

Cita-cita atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyi fikiran positif yang kuat dalam diri anda. Tanpa fikiran positif, agak sukar untuk kita menggapai apa yang anda cita-citakan. 

Keyakinan yang kuat adalah kunci kejayaan dalam segala apa yang kita lakukan. Anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya jika anda yakin anda akan berjaya. Dan dengan kepercayaan anda boleh mengambil alih hidup anda hari ini.

Pelajari bagaimana mengawal fikiran negatif anda. Jangan mendedahkan fikiran negatif anda dalam kata-kata. Walaupun bukan mudah tetapi anda perlu berusaha. Ramai orang yang mengikut kata hati yang negatif bahawa mereka akan gagal. Jika anda salah satu dari padanya, yang paling penting yang anda boleh lakukan hari ini adalah untuk berhenti mempercayainya.

Manusia diciptakan memang unik. Kerana kemampuan kita untuk berubah demi menjadi apa yang kita mahukan. Namun sebelum kita boleh berubah, kita harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Kita ada pilihan. Mahu berubah ataupun tidak. Begitu juga dengan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Kita boleh memilihnya.

Tanyakan pada diri anda apa yang boleh anda lakukan. Adakah anda ingin meneruskan hidup dengan fikiran negatif, keraguan, dan ketakutan? 

Fikiran positif dapat membangkitkan semangat demi mencapai tujuan. Motivasi yang kuat di dalam diri, kita akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga kita tidak akan ragu untuk melangkah ke depan, iaitu mencapai visi hidup kita.

Kita boleh menukar kebiasaan buruk dan yang negatif selagi anda anda percaya anda mampu mengubahnya. 

Salam Inspirasi dan singkirkan FIKIRAN NEGATIF MU !

No comments:

Post a Comment